Monday, May 14, 2012

Lagi.. pokok manik comel untuk Hari Guru

Berikut adalah pokok manik comel untuk Hari Guru dan Hari ibu... permintaan daripada pelajar sekolah.. comel , cantik dan murah....


RM 10.00


RM 10.00


RM 5.00


RM 10.00 setiap satu...

Pokok Manik Cheerry Ana

Salam semua, kali ni nak share pokok cheerry Ana yang dah siap.. sepertimana yang diminta... pokok cherry ni memang sangat comel dan agak tinggi permintaannya...

yang paling penting mudah sahaja.. jika anda pertama kali nak buat.. cuba dengan pokok cherry ni dulu sebab ianya mudah, cepat dan menarik...boleh jugak kalau nak tukar manik cherry ke warna yang lainnya...warna hijau pun cantik juga.. nanti kita upload ye..


HARGA : RM 45.00 ( DENGAN PASU)
HARGA : RM40.00 ( TANPA PASU)


POKOK CHERRY


CLOSED UP CHERRY DAN DAUN...

Pokok Manik Lavender sempena Hari Ibu

POKOK MANIK LAVENDER SEMPENA HARI IBU...

Salam, masih lagi dengan pokok manik lavender tapi yang ini saiz sederhana besar dan sesuai untuk dijadikan hadiah sempena Hari Ibu.... pokok ni adalah pokok design yang paling baru.... gabungan warna pink dan purple.... harga yang berpapatutan dan mampu milik....sebaik sahaja siap, Kak Som daripada Seberang Jaya terus saja beli pokok lavender ni sebab katanya 'dah berkenan'... jadi dah dijual pada Kak Som, semoga Kak Som suka dan happy.. thank you kak som...


HARGA : RM 75.00 ( DENGAN PASU)
HARGA : RM70.00 ( TANPA PASU)



closed up pada bunga nya


closed up pada bunga , daun dan batang pokok manik ini.

Saturday, May 12, 2012

Pokok Manik Lavender comel sempena Hari Guru

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ni dan yang sudi untuk berkongsi ilmu dan hobi ngan saya ni. dah lama rasanya tak update blog ni, sebenarnya sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja2 kat ofis yang bertimbun2 tu... namun pokok manik tetap juga menjadi terapi hati... Hari Guru dan Hari Ibu dah tak lama lagi, jadi projek banyak tertumpu kepada hari ibu dan Hari Guru pada bulan Mei nanti kan... disini saya ada buat beberapa sample yang mampu dimiliki oleh semua untuk dijadikan hadiah untuk ibu dan guru masing2....

Harga : RM 12.00


Tempahan oleh adik2 /pelajar sekolah untuk Hari Guru.... RM 12.00 setiap satu

Wednesday, April 4, 2012

Pokok Manik Bunga... Free Gift untuk Customer....

Salam, lama jugak saya tak update tentang pokok manik ni.. sebenarnya ada je pokok manik tapi sejak kebelakangan ni agak sibuk ngan aktiviti harian. Ada kursus yang perlu dihadiri dicampur tolak pulak dengan dateline nak summit kerja2 ofis ni.. so update blog terpaksa ditangguh sementara waktu...

sebenarnya salah satu faktornya, sekarang ni dah ada xtvt baru iaitu menghadiri kelas aerobik 3 hari seminggu.. so balik rumah dah letih dah.. cuma spend time buat tempahan pokok manik je.. sekarang ni saya tengah diet, nak turunkan berat badan sikit.... insyaallah.. cayok.. cayok..

oklah kali ni nak share pokok manik yang saya buatkan khas untuk customer yang membeli dengan saya sebagai free gift. Pokok ni saya buat untuk zaza mohamad yang banyak kali membeli pokok manik ngan saya.. yang kat bawah ni pokok manik zaza punya.... sebelum ni, zaza dah beli dah 2 pokok , ditambah lagi 2 pokok.. so free gift satu...Terima kasih zaza.

Teknik sama ngan bunga teratai tapi tengahnya saya tukar sikit... comel kan.. kalau buat kecik2 boleh buat hadiah b-day kawan2 kan...

LAYAN...


free gift to zaza

Harga jualan : RM35.00
Harga jualan tanpa pasu : RM30.00


Bunga ni ada 4 layer



yang ni saya gunakan daun hijau jade..


bunga manik merah yang sedang packing


dah ready untuk dipos....

SELAMAT MENCUBA




Wednesday, March 28, 2012

Update blog dengan Info Baru.... Buku Manual Manik & Kelas Manik

Assalammualaikum... semoga semua sihat , alhamdulilah... hari ni rasanya ada nak share something tapi sebabnya saya update blog dekat tempat kursus.. dijadualkan kursus bermula jam 8:30 pagi tapi tetiba urusetia inform kursus akan bermula jam 9:15 pagi pulak diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... so ramai peserta yang pergi breakfast dekat gerai berhampiran sebab makan & minum tak disediakan. Hari ini saya kursus HRMIS di PKD Simpang Empat, Perlis dari pagi sampai tengahari ni.. so layan tenet dululah sebelum kursus mula...

ok...stop dulu pasai kursus2 ni.. apa yang penting pasal manik dan pokok manik bonsai ni... ramai yang sms bertanyakan kepada saya mengenai cara-cara bagaimana nak buat pokok manik ni kan.. nak cerita panjang lebar , ada yang tak boleh gambarkan kerana ada yang tak pernah langsung buat pokok manik kan..

Oleh yang demikian, saya buat beberapa tutorial untuk kawan2 semua pelajari sebagaimana yang pernah saya buat sebelum2 ni.. namun yang demikian, masih ada jugak yang request ngan saya nak e-book dan kelas.

So.... saya memang tengah planning akan buat manual/buku untuk semua jenis pokok manik yang saya buat .. apabila siap , saya akan update di blog.... untuk memudahkan semua peminat pokok manik bonsai yang nak cuba sendiri.

Bagi yang nak attend kelas ke... cam tu... buat masa ni , saya bagi kelas kepada sesiapa yang berada di kawasan berdekatan dengan yuran yang berpatutanlah.. maknanya hadir ke rumah saya dan saya akan ajar dari A-Z, sampai tanam pokok... dan beberapa teknik lain. Bagi kelas yang secara berkumpulan pulak, jika anda berminat boleh bagitau saya... boleh bincang....

Saya rasa hari ni , itu sahaja yang saya nak update... projek2 pokok manik yang baru ada tetapi nanti kita update ye...

Wassalam.

Sunday, March 25, 2012

Pokok Manik Bonsai... Dahlia

Assalammualaikum, dan salam sejahtera semua.. apa khabar semua pengunjung blog ni.. harapan dan doa semoga semua sihat sentiasa.. alhamdulilah.. kali ni saya nak share something berkenaan pokok manik bonsai berbentuk bunga.. untuk membuat pokok manik bunga dahlia mudah je sebab menggunakan teknik sepertimana pokok bunga teratai putih sebelum ni...cuma layernya yang berbeza sikit... semuanya ada 12 kuntum bunga... mari LAYAN dan cuba sendiri..


bunga dahlia... dengan pelbagai warna... tapi pakai daun jade..



cuba sendiri.... pasti jadi... nak set ni.. bagi tau saya..