Wednesday, December 15, 2010

Hanya nak beritahu... Koko Oren

Assalammualaikum... dan salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua kawan2 yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni.Rasanya dah banyak hari tak update blog ni.. cuma malam ni tenet pun ok ... jadi ambillah kesempatan nak update blog ni sat.. tu pun selepas habis tengok Malaysia VS Vietnam untuk piala Suzuki.. Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Vietnam dengan jaringan gol 2-0.. tahniah.. bebalik kepada pokok manik bonsai ni.. la ni tengah on untuk pokok manik bonsai hijau kuning tapi tak siap lagi.. on going process.. tapi pokok manik bonsai koko oren telah pun dijual. Pokok Manik Bonsai Koko Oren dalam kenangan...

Koko Oren- dah dijual. Dalam kenangan....

Wednesday, December 8, 2010

Pokok Manik Bonsai Koko Oren

Assalammualaikum.. entry kali ini nak share something mengenai pokok manik bonsai yang telah disiapkan. Sebelum ini , saya ada kata pasai pokok manik yang baru saja disiapkan tetapi masih belum ditanama dalam pasu.Ok.. semuanya dah pun ready dan nak sharelah dengan kawan2 semua... JOm layan...


Berminat ? nak tempah? nak beli? boleh aje ... nak wat sendiri ? pun boleh... 


saya letakkan aksesori tambahan - 2 ekor rama-rama sebagai penyeri..


closed up 


closed up jugak


lagi closed up

Harga : RM 40.00
Untuk dijual

Sunday, December 5, 2010

Bunga-bungan Manik

Just nak share something .... pokok manik bonsai .. dalam koleksi bunga-bunga. Kalau nak bunga yang besar saiznya kena gunaka manik yang besarlah jugak.. kalau nak kecil, comel, tomei.. gunakanlah manik yang lebih kecil.... tapi tekniknya sama sahaja.... yang ni disiapkan bunganya tapi masih belum dicantumkan lagi.. Jom layan.... minat ? nanti kita letakkan tutorialnya....





Projek Pokok Manik Limau -Tapi Warna Merah...

alhamdulilah.. lega rasanya malam ni bila dah siapkan 5 biji buah limau manik tapi bukan kaler oren tapi kaler merah menyala.. permintaan daripada KakSirah, jiran saya , yang memang minat sangat pokok manik bonsai ni...jadi kesemuanya yang saya dah siapkan ialah sebanyak 10 biji dah... kemungkinan saya nak buat dalam 18 biji kot... nak letakkan gambar tapi tak siap lagi , cuma siap dengan daun baru sebiji sahaja.. nanti saya snapkan untuk dikongsi bersama. letih dan penat sudah sememangnya, tapi minat nak buat tu sememangnya menebal di dalam hati dan sanubari.. jadi ku teruskan jua membuatnya sehingga siap... satu pokok manik bonsai saya dah siapkan petang semalam tapi masih belum ditanamkan dalam pasu lagi. Insyaallah , esok saya akan tanam dan akan diuploadkan disini...

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini.. inilah hasilnya iaitu buah limau merah.... belum sedia untuk dicantumkan dengan batang dan daunnya. Nanti kita lihat hasilnya nanti.




Starter Kit

Assalammualaikum, saya sekarang ini sedang membuat starter kits untuk mana-mana penggemar yang ingin membuat pokok manik bonsai ini. Starter kit ini akan saya uploadskan nanti. Yang pastinya , ianya akan mengandungi dawai halus dan manik-maniknya.  Insyaallah nanti bila saya siapkan , akan saya letakkan disini. Harganya pun murah berbanding membeli yang ready made.



Pokok Manik Bonsai Purple & Pink

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi / singgah di blog saya ni. Harapan semoga blog ini dapatlah menjadikan tempat untuk menemuai rakan-rakan sehobi yang lain yang sama minat kepada pokok manik bonsai ni. Sebenarnya ,apabila line tenet ni dah ok barulah senang hati sikit nak upload apa-apa yang sepatutnya. Nak kongsi lagi pokok manik bonsai - pink & purple ni.... boleh applykan teknok basic di tutorial yang sebelum ni.. bila dah banyak hasilnya inilah. Untuk membentuk pokok ni kena buat sebanyak 35 ranting iaitu 5 ranting dicantum jadi batang = 4 ( 20 ranting semuanya), manakala 15 ranting dalam 1 batang.


Friday, December 3, 2010

Tutorial 3 : Basic Untuk membuat ranting pokok manik bonsai

Assalammualaikum, pada hari ini saya nak kongsikan bagaimana kita nak buat ranting pokok bonsai ini secara step by step. Harapan semoga gambar dibawah ni dapat membantu kepada sesiapa yang berminat nak buat pokok manik bonsainya sendiri. Jenis manik dan warna manik bergantung kepda warna pilihan masing2. Jom layan...

step 1: masukkan manik seperti diatas ke dalam dawai halus.. pastikann ianya berada ditengah2 dawai tersebut. kemudian silangkan macam X dan putarkannya.

step 2: putarkan dawai halus tu lebih kurang 10 kali lilitan/putar, macam digambar ni.

step 3: kemudian ambil /pilih dawai halus disebelah kanan anda dan masukkan manik ikut turutan seperti di step 1 tadi.

step 4: apabila selesai, terus silang manik di dawai seperti X. Pastikan jarak diantara pangkal tu lebih kurang 1/2 inci, teruskan putar/lilit.


step 5: teruskan lilitan/putar sampai pangkal dawai seperti diatas.

step 6: masukkan pulak manik seterusnya di bahagian kanan dawai halus tadi dan ulangi langkah sebelum ini.

step 6 : jarak antara satu sama lain ialah 5 kali lilitan. kemudian ulangi langkah sebelum ini iaitu kiri, kanan, kiri dan kanan.

step 7: inilah hasilnya... dah jadi pun rantingnya.

tips : pastikan lilitan yang dibuat kemas , ketat, kuat dan yang paling penting jaraknya supaya balance dan nampak cantik.

selamat mencuba....

Wednesday, December 1, 2010

Tuesday, November 30, 2010

Tutorial 2 : Mencantum Ranting Bagi Pokok Manik Bonsai

Tutorial kali ini , saya akan menunjukkan bagaimana ranting ini dicantum menjadi satu dahan.Mudah dan senang je....cuba sendiri...

 ni adalah ranting yang dicantumkan dan dijadikan dahan2nya.
 Closed up ranting2 pada dahan.
 Fisrt step : mestilah mempunyai ranting yang dah disiapkan terlebih dahulu.. tak kisahlah macam mana designnya tapi tekniknya sama je.
 Step 2 : lilitkan hujung dawai siza 20 dengan dawai halus.. tarikh kuat2 supaya nampak kemas , lilit lebih kurang dalam 5 kali lilitan ataupun 0.5cm je..sikit je ..
step 3 : kemudian lilitkan ranting pada batang dawai dan teruskan lilitan dengan kemas. Lilitan dawai dan ranting bunga dalam 1inci.. iaitu jarak antara satu ranting dengan ranting ke-2.


 step 4 : teruskan lilitan dan tambahkan ranting ke2 dan lilit lagi sepanjang 2 inci.. kemudia teruskan sehingga 5 ranting.
 step 5 : 2 ranting yang telahpun di cantum dengan dawai halus.
step 6: teruskan langkah cantuman dan lilitan untuk 5 ranting. Kemudian lilitkan dawai halus pada batang sehingga ke hujung batang dawai tadi.

tara.... jadilah macam ni dahan batang pokok bonsai kita setelah ranting siap dicantumkan....berminat, boleh wat sendiri......

Pokok Manik Bonsai -Merah Putih

Merah dan putih gabungan dua warna sahaja. Pokok ini hanya bersaiz kecil. Ianya adalah tempahan untuk seseorang sempena perpindahan beliau. Maaf gambar yang tak cantik.

Pokok Manik Bonsai - Hijau Lagi...

Yang ini pokok manik bonsai , warna hijau jugak.. tapi dah dijual pun... ramai yang suka tempah warna hijau , mungkin sebab sedap mata memandang kot... Warna hijau campur ngan warna kuning.... snap pakai kamera fon tu yang gambar tak berapa jelas...

Pokok Manik Bonsai Hijau Lembut

Yang ni pulak antara pokok manik bonsai yang menggunakan warna yang cerah sahaja ... warna yang lembut. Selain warna yang garang, warna yang lembut pun ok jugak....pokok ini agak besar dan melibatkan 3 pokok besar yang dicantum menjadi satu pokok.Yang nak hightlightkan disini ialah bahagian batang pokok tu yang melilit dan membentuk seakan-akan bonsai asli yang ditanam. Hasilnya adalah daripada dahan-dahan dililit antara satu sama lain dan membetuk batang yang membengkok tu...Tipsnya, dahan2 mestilah dililit dengan dawai sehingga kehujung dengan kemas kemudian dicantumkan kesemuanya menjadi batag pokoknya.

Pokok Manik Bonsai - Rainbow

Lama rasanya tak update blog sebabnya tengah sibuk menyiapkan pokok limau tapi buahnya warna merah.. belum siap sepenuhnya lagi.. nanti bila dah siap.. akan di sharekan disini... Rasanya hari ni nak share pokok manik bonsai jugak tetapi pokok bonsai ni colourful sikit cam ala-ala pelangi.. tu yang letak namanya 'rainbow'. Pokok ni dibuat oleh kawan semasa kami sama buat dulu, Kak Marine... cantik.. siap letakkan buaian lagi dibawah pokok ni.. tapi tak nampak kot sebab snap pakai kamera fon je.. tapi bolehlah untuk dikongsi... semoga kawan2 semua enjoy...berminat nak wat cam ni pun boleh.... semua basic je..gabungan warna yang terang iaitu pink, hijau pucuk pisang, manik emas dan batangnya dawai halus warna purple... purple dah habis stok.. yang ada ngan saya dawai halus warna gold, silver, biru dan hijau sahaja..Gambar ada banyak tapi jumpa satu je...

Sunday, November 14, 2010

Pelbagai Warna Ranting -ranting bonsai.....pilihan warna sendiri

ini  adalah ranting-ranting yang disiapkan. Ranting-ranting yang dah siap bolehlah dicantumkan pada batang untuk membentuk dahan-dahannya. Pelbagai kombinasi warna dan manik yang boleh dibuat, ikut citarasa kita sendiri.. apabila siap ranting2 ni , maka proses pencantuman pun akan dibuat nanti....


Saturday, November 13, 2010

Pokok Manik Bonsai - Biru Silver

Something to share.... berminat ? boleh jugak untuk wat sendiri jika nak...


yang ni saya letakkan dalam mangkuk teh cina je...


Bahan-bahan Asas dan peralatan asas

Ini adalah peralatan asas dan bahan-bahan asas untuk membuat pokok manik bonzai.


1. mestilah ada manik untuk bonsai mengikut warna dan design

 2. Mesti ada manik dan dawai halus ikut warna lah...warna gold, silver, biru, hijau, purple...


3. yang ini diperlukan untuk menarik dawai nanti dan untuk bahagian kekemasan.
 4. yang ini pulak untuk memotong dawai nanti ... dan untuk bahagian kekemasan.
5. Ini gunting untuk menggunting.. apa2 gunting pun boleh asalkan yang tajam dan boleh mengunting.


6.Akhir sekali , bila dah jadi pokoknya, maka pasu lah untuk  nak tanam pokok bonsai..pasu ikut sukalah nak yang cam mana..ikut kesesuaian.Tambahan simen dan batu2 kecil ( boelh beli kat kedai ikan/mana kedai) untuk cantikkan pokok kita..


Tutorial