Friday, October 29, 2010

POKOK LIMAU

Entry kali ini , ingin berkongsi pokok limau yang dihasilkan. Setiap batang mempunyai 12 keping daun dan sebiji limau. Untuk keseluruhan pokok ini mempunyai 14 batang iaitu 14 buah limau.. mengambil masa 3 minggu untuk disiapkan... tapi rasa puas hati dan seronok kerana dapat disiapkan...



closed up disebalik pokok limau- kelihatan dedaun manik menutupi buah limau  tersebut.


closed-up buah limau daripada manik


buah limau manik dihujung ranting


buah limau manik

closed up batang pokok limau manik

berminat ? sila hubungi saya / sms je

Harga : RM 350.00



Thursday, October 28, 2010

POKOK MANIK BUNGA RAYA

Assalammualaikum.. pembuka kata bicara, rasanya ingin berkongsi lagi beberapa pokok manik yang dibuat. Diantara pokok manik yang dibuat ialah pokok bunga raya merah cili ini, yang mana saiznya adalah sederhana besar. Pokok manik ini saiznya bergantung kepada pembuat samaada nak besar ke,kecil ke, ataupun sederhana ikut selera masing2 lah kiranya.. cuma nak menjamu mata pokok manik bunga raya merah menyala ni.... jikalau nak dibuat sendiri pun bole.. bunga raya menggunakan teknik membuat daun dan dicamtumkan 5 kelopak bersama.. manakala inti bunga pula hanya menggunakan step basic yang mudah sahaja....



berminat? boleh hubungi/sms saya

Harga RM 150.00

Thursday, October 21, 2010

Pokok Manik Pertma - Merah Hitam

Merah hitam itulah pokok manik pertama yang dapat ku buat. Pokok manik ni dibuat apabila kami secara berkumpulan membuat bersama-sama.. ada yang buat warna merah putih..cam warna KFC gitu, ada warna oren dan ada juga warna hijau.. apa yang paling penting bersaing untuk menyiapkan pokok manik masing-masing. Jadi, cik su pun buat jugak dan tara...hasilnya.. inilah pokoknya.. yang letakkan atas meja di ruangan tamu rumah ku...

Tutorial