Tuesday, November 30, 2010

Tutorial 2 : Mencantum Ranting Bagi Pokok Manik Bonsai

Tutorial kali ini , saya akan menunjukkan bagaimana ranting ini dicantum menjadi satu dahan.Mudah dan senang je....cuba sendiri...

 ni adalah ranting yang dicantumkan dan dijadikan dahan2nya.
 Closed up ranting2 pada dahan.
 Fisrt step : mestilah mempunyai ranting yang dah disiapkan terlebih dahulu.. tak kisahlah macam mana designnya tapi tekniknya sama je.
 Step 2 : lilitkan hujung dawai siza 20 dengan dawai halus.. tarikh kuat2 supaya nampak kemas , lilit lebih kurang dalam 5 kali lilitan ataupun 0.5cm je..sikit je ..
step 3 : kemudian lilitkan ranting pada batang dawai dan teruskan lilitan dengan kemas. Lilitan dawai dan ranting bunga dalam 1inci.. iaitu jarak antara satu ranting dengan ranting ke-2.


 step 4 : teruskan lilitan dan tambahkan ranting ke2 dan lilit lagi sepanjang 2 inci.. kemudia teruskan sehingga 5 ranting.
 step 5 : 2 ranting yang telahpun di cantum dengan dawai halus.
step 6: teruskan langkah cantuman dan lilitan untuk 5 ranting. Kemudian lilitkan dawai halus pada batang sehingga ke hujung batang dawai tadi.

tara.... jadilah macam ni dahan batang pokok bonsai kita setelah ranting siap dicantumkan....berminat, boleh wat sendiri......

Pokok Manik Bonsai -Merah Putih

Merah dan putih gabungan dua warna sahaja. Pokok ini hanya bersaiz kecil. Ianya adalah tempahan untuk seseorang sempena perpindahan beliau. Maaf gambar yang tak cantik.

Pokok Manik Bonsai - Hijau Lagi...

Yang ini pokok manik bonsai , warna hijau jugak.. tapi dah dijual pun... ramai yang suka tempah warna hijau , mungkin sebab sedap mata memandang kot... Warna hijau campur ngan warna kuning.... snap pakai kamera fon tu yang gambar tak berapa jelas...

Pokok Manik Bonsai Hijau Lembut

Yang ni pulak antara pokok manik bonsai yang menggunakan warna yang cerah sahaja ... warna yang lembut. Selain warna yang garang, warna yang lembut pun ok jugak....pokok ini agak besar dan melibatkan 3 pokok besar yang dicantum menjadi satu pokok.Yang nak hightlightkan disini ialah bahagian batang pokok tu yang melilit dan membentuk seakan-akan bonsai asli yang ditanam. Hasilnya adalah daripada dahan-dahan dililit antara satu sama lain dan membetuk batang yang membengkok tu...Tipsnya, dahan2 mestilah dililit dengan dawai sehingga kehujung dengan kemas kemudian dicantumkan kesemuanya menjadi batag pokoknya.

Pokok Manik Bonsai - Rainbow

Lama rasanya tak update blog sebabnya tengah sibuk menyiapkan pokok limau tapi buahnya warna merah.. belum siap sepenuhnya lagi.. nanti bila dah siap.. akan di sharekan disini... Rasanya hari ni nak share pokok manik bonsai jugak tetapi pokok bonsai ni colourful sikit cam ala-ala pelangi.. tu yang letak namanya 'rainbow'. Pokok ni dibuat oleh kawan semasa kami sama buat dulu, Kak Marine... cantik.. siap letakkan buaian lagi dibawah pokok ni.. tapi tak nampak kot sebab snap pakai kamera fon je.. tapi bolehlah untuk dikongsi... semoga kawan2 semua enjoy...berminat nak wat cam ni pun boleh.... semua basic je..gabungan warna yang terang iaitu pink, hijau pucuk pisang, manik emas dan batangnya dawai halus warna purple... purple dah habis stok.. yang ada ngan saya dawai halus warna gold, silver, biru dan hijau sahaja..Gambar ada banyak tapi jumpa satu je...

Sunday, November 14, 2010

Pelbagai Warna Ranting -ranting bonsai.....pilihan warna sendiri

ini  adalah ranting-ranting yang disiapkan. Ranting-ranting yang dah siap bolehlah dicantumkan pada batang untuk membentuk dahan-dahannya. Pelbagai kombinasi warna dan manik yang boleh dibuat, ikut citarasa kita sendiri.. apabila siap ranting2 ni , maka proses pencantuman pun akan dibuat nanti....


Saturday, November 13, 2010

Pokok Manik Bonsai - Biru Silver

Something to share.... berminat ? boleh jugak untuk wat sendiri jika nak...


yang ni saya letakkan dalam mangkuk teh cina je...


Bahan-bahan Asas dan peralatan asas

Ini adalah peralatan asas dan bahan-bahan asas untuk membuat pokok manik bonzai.


1. mestilah ada manik untuk bonsai mengikut warna dan design

 2. Mesti ada manik dan dawai halus ikut warna lah...warna gold, silver, biru, hijau, purple...


3. yang ini diperlukan untuk menarik dawai nanti dan untuk bahagian kekemasan.
 4. yang ini pulak untuk memotong dawai nanti ... dan untuk bahagian kekemasan.
5. Ini gunting untuk menggunting.. apa2 gunting pun boleh asalkan yang tajam dan boleh mengunting.


6.Akhir sekali , bila dah jadi pokoknya, maka pasu lah untuk  nak tanam pokok bonsai..pasu ikut sukalah nak yang cam mana..ikut kesesuaian.Tambahan simen dan batu2 kecil ( boelh beli kat kedai ikan/mana kedai) untuk cantikkan pokok kita..


Friday, November 12, 2010

Pokok Manik Bonzai Merah Hitam

entry kali ini nak share pokok manik bonzai yang pertama sekali saya buat. Warna yang saya pilih ialah warna merah dan hitam. dawainya warna gold. Pokok manik bonzai ini masih menjadi koleksi saya dan diabadikan di atas meja sudut ruang tamu rumah saya. menggunakan teknik basic je.. semua orang buat punya. sebenarnya, saya nak upload tutorial untuk teknik basic tapi masalah tenet ni la pulak..line so slow. Insyaallah , kalu ok, sehari dua saya akan uploadkan. pokok manik bonzai ni boleh dikategorikan sebagai pokok besar.Gambar tak berapa cantik sebab menggunakan kamera fon.


masih dalam simpanan.. pokok manik bonzai sentuhan pertama.


closed up pokok manik bonsai dengan menggunakan teknik asas sahaja.

closed up



inilah keseluruhan pokok manik bonsai merah hitam







Thursday, November 11, 2010

Pokok Manik Bonzai - Coklat Oren

Susah pulak rasanya nak update blog ni ekoran daripoada line tenet yang tak berapa elok ni... jenuh dok menunggu especially bilamana nak upload foto. Tapi tetapkan dalam hati sabar, sabar, sabar dan teruskan juga. so dapatlah mengupdate blog ni dengan foto manik bonzai lagi. Yang ini menggunakan teknik lilitan basic sahaja tetapi menggunakan manik yang agak besar. Keadaan pokok ini adalah amat padat sekali.Berminat? boleh dapatkan bahan disini..


berminat nak buat cam ni? just hubungi saya..

Harga : RM 250.00 ( sold)
closed up jenis manik yang digunakan iaitu manik panjang dan besar

closed up manik

closed up batang dan lilitan dawai pada batangnya.

Tuesday, November 9, 2010

Pokok Manik Bonsai - Hijau Hijau Milo

Hijau Hijau Milo.. wah namanya , kenapa gitu ya? adalah sebabnya.. sebabnya dah banyak sangat warna hijau..jadi letakkan namnya hijau hijau milo.. sebab suka minum milo..apa apa sajalah.Pokok manik bonsai ini dibuat menggunakan teknik lilitan basic sahaja.rasanya semua orang pun boleh buat. Boleh dikatakan ramai pelanggan lebih gemar order untuk pokok manik bonsai warna hijau, kenapa ya? mungkin sudah sinonim dengan warna hijau..pokok mesti hijau. Jadi manik bonsai ini boleh dibuat mengikut warna pilihan kita sendiri.yang pastinya ianya cantik, sesuai, menarik, mudah dibersihkan dan mudah dijaga. Yang ini adalah tempahan daripada jiran sebelah rumah ja. so snap gambo dulu then letakkan dalam pasunya.apa-apa pun, pokok ni dah dijual.


pokok manik bonsai hijau hijau milo... just letakkan dalam bekas milo sebelum dihantar kepada tuannya. Snap dulu gambonya, nanti takut tak sempat dah.

Harga : RM 90.00 ( sold )


closed up ranting-ranting manik bonsai iaitu gabungan warna hijau gelap dan hijau lembut.


closed up- yang ni saya nak highlight kan tentang bagaimana dawai gold tu dililit dan mencantumkan ranting sehingga menjadi dahan gitu. nampak susah kan? sebenarnya bila dah tau caranya tak susah pun. nanti saya selitkan dalam tutorial bagaimana nak wat lilitan dan dahan.

Pokok Manik Bonsai - Golden eyes

Pokok Manik Bonsai Golden eyes ini dibuat oleh seorang kawan yang juga berminat sama. Jadi, saya ajakan daripada basic membuat ranting, lilitan batang ranting dan seterusnya cantuman,akhirnya sehingga siap di dalam pasu... golden eyes ni diberikan nama mengikut manik ini sendiri iaitu gabungan antara warna light coklat dan light oren.. dawainya golden kaler.itulah jadinya nama golden eyes. Berminat nak buat macam ni, boleh sahaja.. dan boleh dapatkan peralatan dan bahan-bahannya daripada saya. Pokok manik bonsai golden eyes : Harga RM 90.00... berminat? hubingi saya...


berminat ?  sila hubungi saya
harga : RM 90.00

TUTORIAL 1: Cara membuat daun

Baiklah kali ini entry saya akan membuat sedikit tutorial bagaimana teknik daun dibuat. Sebenarnya, penghasilan dau dapat menghasilkan bunga raya, kelopak daun, kelopak bunga dan lain-lain lagi.Pada mulanya nak tunjukkan cara2 membuat ranting aitu teknik yang paling basic sekiranya berminat nak buat bonsai sendiri tetapi cari folder pic. tak jumpa pulak.Tapi tak pa, teruskan dengan pic nak buat dedaun ni. semoga anda berjaya membuatnya....jangan lupa sila dapatkan bahan2nya daripada saya..

inilah closed up ataupun rupa sebenarnya daun manik yang akan dihasilkan step by step melalui ruangan tutorial yang disediakan.

Step 1 : mestilah mempunyai manik dan juga 1 dawai halus gold/silver. ( bahan paling asas)
step 2 : masukkan 1 biji manik ke dalam dawai iaitu ke bahagian tengah dan pastikan dawai kiri dan kanan adalah sama panjang

step 3 : cucukkan dawai sebelah kiri ke dalam lubang manik dan tarikh sehingga rapat dan pastikan dawai kiri dan kanan sama panjang.

step 4 : kemudian masukkan 2 biji manik dan cucukkan dawai sebelah kiri ke lubang manik( melalui kedua2 biji manik) dan tarik perlahan kemudian tarik kuat dan pastikan manik dan dawai rapat.

step 5 : ha ini lah 3 manik yang ditarik tadi



step 6 : masukkan 3 biji manik dan ulangi cara di step 4.

step 7 : ulangi langkah di step 4 iaitu masukkan manik 3 biji, kemudian 2 biji dan akhir sekali 2 biji.

step 8 : daun yang telah terbentuk.susunannya 1 biji , 2 biji , 3 biji, 3 biji, 2 biji, 1 biji. Akhir sekali pintalkan dawai supaya semua manik terikat elok.

Tara.. daun manik dah pun siap.

ni pun daun manik jugak... boleh cuba buat sendiri.


Pokok Bonsai Hijau...

Pokok manik hijau ..all green pada mulanya, tapi saja nak buat sedikit kelainan maka ditambah dengan sekuntum bunga agar naik sikit keseriannya. Saiz pokok ni adalah kecil dan menggunakan teknik bunga keseluruhannya. Walaubagaimanapun, pokok bonsai all green ni sesuai diletakkan sebagai perhiasaan di atas meja sudut, ataupun diatas meja biasa.... untuk pokok yang bersaiz kecil macam ni.. biasanya dibeli oleh pelanggan dijadikan sebagai cenderahati.. Harga : RM 35.00.... anda berminat?, boleh cuba buat sendiri dan dapatkan bahan2nya daripada saya dan sekiranya ingin mendapatkan produk siap, hubungi saya...


ini adalah pokok manik bonsai hijau secara keseluruhannya.
ini adalah closed up bagaimana teknik lilitan bunga dihasilkan dan cantuman sehingga menjadi ranting

lagi closed up pokok manik bonsai ini. 

Bunga Manik Oren Putih

kali ini entry hanyalah nak sharing something about beaded bonsai yang mana kaler oren plus putih.... dipucuknya mengapditasikan warna oren, manakala bahagian bawah bonsai ini pula kaler oren dan putih... diikat dengan dawai emas.... pokok bunga bonsai oren comel ini saiznya agak sederhana dan sesuai dijadikan sebagai cenderahati untuk orang yang tersayang ataupun dijadikan koleksi peribadi... mengapa pokok ini dijadikan pilihan kerana ianya mudah dijaga, dibersihkan dan berkilat.... kilat gitu....berminat ? contact / hubungi saya / sms ...je



 closed up- bunga bonsai ini. Menggunakan teknik bungan iaitu 5 biji warna oren dan sebiji putih. Dicantum menjadi dahan pokok bonsai ini....


Pokok bonsai oren dan putih yang telah disiapkan... berminat untuk jadikan bonsai ini sebagai koleksi peribadi.... ataupun ingin membuatnya sendiri.. apa kata dapatkan bahan-bahan dan peralatannya daripada cik su..... Harga : RM 90.00

Tutorial