inilah closed up ataupun rupa sebenarnya daun manik yang akan dihasilkan step by step melalui ruangan tutorial yang disediakan.
Step 1 : mestilah mempunyai manik dan juga 1 dawai halus gold/silver. ( bahan paling asas)
step 2 : masukkan 1 biji manik ke dalam dawai iaitu ke bahagian tengah dan pastikan dawai kiri dan kanan adalah sama panjang
step 3 : cucukkan dawai sebelah kiri ke dalam lubang manik dan tarikh sehingga rapat dan pastikan dawai kiri dan kanan sama panjang.
step 4 : kemudian masukkan 2 biji manik dan cucukkan dawai sebelah kiri ke lubang manik( melalui kedua2 biji manik) dan tarik perlahan kemudian tarik kuat dan pastikan manik dan dawai rapat.
step 5 : ha ini lah 3 manik yang ditarik tadi
step 6 : masukkan 3 biji manik dan ulangi cara di step 4.
step 7 : ulangi langkah di step 4 iaitu masukkan manik 3 biji, kemudian 2 biji dan akhir sekali 2 biji.
step 8 : daun yang telah terbentuk.susunannya 1 biji , 2 biji , 3 biji, 3 biji, 2 biji, 1 biji. Akhir sekali pintalkan dawai supaya semua manik terikat elok.
Tara.. daun manik dah pun siap.
ni pun daun manik jugak... boleh cuba buat sendiri.
No comments:
Post a Comment