Sunday, December 5, 2010

Projek Pokok Manik Limau -Tapi Warna Merah...

alhamdulilah.. lega rasanya malam ni bila dah siapkan 5 biji buah limau manik tapi bukan kaler oren tapi kaler merah menyala.. permintaan daripada KakSirah, jiran saya , yang memang minat sangat pokok manik bonsai ni...jadi kesemuanya yang saya dah siapkan ialah sebanyak 10 biji dah... kemungkinan saya nak buat dalam 18 biji kot... nak letakkan gambar tapi tak siap lagi , cuma siap dengan daun baru sebiji sahaja.. nanti saya snapkan untuk dikongsi bersama. letih dan penat sudah sememangnya, tapi minat nak buat tu sememangnya menebal di dalam hati dan sanubari.. jadi ku teruskan jua membuatnya sehingga siap... satu pokok manik bonsai saya dah siapkan petang semalam tapi masih belum ditanamkan dalam pasu lagi. Insyaallah , esok saya akan tanam dan akan diuploadkan disini...

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini.. inilah hasilnya iaitu buah limau merah.... belum sedia untuk dicantumkan dengan batang dan daunnya. Nanti kita lihat hasilnya nanti.




3 comments:

  1. salam sis tolong ajarkan saya buat buah limau ni yer please buat tutorial...

    ReplyDelete
  2. salam kak boleh tunjuk ajar macam mana nak buat buah limau ni

    ReplyDelete
  3. slm kak...leh ajarkn sya wat limau plizz

    ReplyDelete

Tutorial