Friday, December 3, 2010

Tutorial 3 : Basic Untuk membuat ranting pokok manik bonsai

Assalammualaikum, pada hari ini saya nak kongsikan bagaimana kita nak buat ranting pokok bonsai ini secara step by step. Harapan semoga gambar dibawah ni dapat membantu kepada sesiapa yang berminat nak buat pokok manik bonsainya sendiri. Jenis manik dan warna manik bergantung kepda warna pilihan masing2. Jom layan...

step 1: masukkan manik seperti diatas ke dalam dawai halus.. pastikann ianya berada ditengah2 dawai tersebut. kemudian silangkan macam X dan putarkannya.

step 2: putarkan dawai halus tu lebih kurang 10 kali lilitan/putar, macam digambar ni.

step 3: kemudian ambil /pilih dawai halus disebelah kanan anda dan masukkan manik ikut turutan seperti di step 1 tadi.

step 4: apabila selesai, terus silang manik di dawai seperti X. Pastikan jarak diantara pangkal tu lebih kurang 1/2 inci, teruskan putar/lilit.


step 5: teruskan lilitan/putar sampai pangkal dawai seperti diatas.

step 6: masukkan pulak manik seterusnya di bahagian kanan dawai halus tadi dan ulangi langkah sebelum ini.

step 6 : jarak antara satu sama lain ialah 5 kali lilitan. kemudian ulangi langkah sebelum ini iaitu kiri, kanan, kiri dan kanan.

step 7: inilah hasilnya... dah jadi pun rantingnya.

tips : pastikan lilitan yang dibuat kemas , ketat, kuat dan yang paling penting jaraknya supaya balance dan nampak cantik.

selamat mencuba....

1 comment:

  1. Saya Eyna Achu baru nak berjinak-jinak dalam membuat bonsai manik ni..saya suka melihat hasil kerja tangan anda..boleh tak tolong ajarkan saya..saya surirumahtangga sepenuh masa..boring juga duk umah tanpa membuat apa2 pun..

    ReplyDelete

Tutorial