Thursday, December 29, 2011

Pokok Manik Bonsai .... Kecil....Kuning

Assalammualaikum.. masih lagi mengenai pokok manik bonsai. Kali ni, saya nak menunjukkan dan berkongsi pokok manik bonsai yang saiz kecil sahaja. Bukannya apa, sebab selalunya pokok manik yang besar2 , apa kata try yang kecik comel plak. Untuk menghasilkan pokok manik bonsai yang saiz cam ni, SET 3 ( manik) boleh diaplikasikan......





Saiz kecil sahaja.







Dapatkan SET 3 : RM16.00 ( tidak termasuk postage)

Manik hijau :100gm
Dawai Pink : 30 batang 




Cubalah sendiri..... Insyaallah menjadi...



MANIK UNTUK DIJUAL...MURAH MURAH.. BELI CEPAT...

Ini adalah manik-manik untuk dijual. Manik-manik yang dijual adalah manik yang sama yang saya gunakan untuk buat pokok manik bonsai ni....dan anda boleh jugak rujuk mana rekaan dan follow step, insyaallah menjadi.....


SET 1 : RM 32.00 ( tidak termasuk postage)

Manik hijau : 200gm
Dawai gold : 60 batang



SET 2: RM 32.00 (tidak termasuk postage)

Manik hijau : 200gm
Dawai silver : 60 batang



SET 3 :  RM 16.00 ( tidak termasuk postage)

Manik hijau : 100gm
Dawai Pink : 30 batang
( yang ni pokok yang kecil sahaja, sesuai untuk pertamakali mencuba)

Daripada set-set diatas , anda boleh membuat menjadi pokok manik bonsai yang begini :-



pokok manik bonsai yang sebesar ni untuk SET 1 dan SET 2


atau macam pokok manik bonsai putih ni, teknik sama iaitu menggunakan satu warna manik:



ranting macam ni



BERMINAT????  cepat , cepat dapatkan set manik bonsai anda... ikut step saya.. pasti boleh...
selamat mencuba






Wednesday, December 28, 2011

MANIK UNTUK DIJUAL.... CEPAT CEPAT MURAH SAHAJA...

Set manik untuk dijual : RM 29.00 ( tidak termasuk pos)

daripada set ni , jadikan ini :-




atau ini



Disini ada set manik untuk dijual kepada sesiapa yang berminat nak buat pokok manik bonsai ini. Stok manik ni ada dalam simpanan.

Manik pink : 100gm ( RM 10.00)
Manik biru : 100gm  ( RM 7.00)
Dawai : biru 60 batang ( RM 12.00)
Jumlah : RM 29.00 ( tidak termasuk harga pos)
Kos Pos xpress : RM6.00

Daripada set manik ni, anda boleh buat pokok manik yang macam ni saiznya......



Anda boleh mencuba dengan menggunkan step2 yang saya dah berikan di blog ni sebelum ni... sama ada nak buat batang macam ni atau batang cantuman dawai kesemuanya dulu then pintal buat pokok/ranting.. cubalah sendiri, pasti puashati.

Pokok Manik Bonsai .... Kecil Molek Comel

Hari ni, saya rasa free sikit bilamana banyak kerja dah berjaya disiapkan dan maknanya 'rest'... jadi saya mengambil kesempatan untuk mengupload beberapa pokok manik bonsai yang comel-comel dari segi bunga, rekaan dan juga saiznya ..... maksudnya kecil dan comel. Saya rasanya mungkin sesuai bagi sesiapa yang mula berjinak2 nak buat pokok manik bonsai ni kan, sebab kalau nak mula, mulakan dengan yang kecil dulu , lepas tu bila dah ok, boleh buat yang besar kan.... untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sehobi. Saya jugak baru je selesai mengajar beberapa sahabat untuk buat pokok manik ni, nanti saya uploadkan hasil yang dibuat , pokok dah siap tapi belum ditanam dan dipasukan. Cuba yang ni plak....comel tak?

MACAM MANA NAK BUAT NI?....... NAK CUBA.. FOLLOW THIS STEP, INSYAALLAH BOLEH :-

1. Gunakan teknik asas manik bonsai.
2. Buat secara ranting ( buat sampai 10 ranting)
3. kemudian cantum ranting ( letakkkan kesemua ranting sekali gus dan buat lilitan dengan dawai ).
4. Siap.. hias dan masukkan dalam pasu..
5. Dah siapkan....

Saiz : kecil je.. sesuai diletakkan atas meja sebagai penyendal kertas/ buku...untuk hadiah b day kat kawan2 pun boleh gak....



comel.... letakkan reben untuk mencantikkan pasu yang kosong tu...

Selamat mencuba

Pokok Manik Bonsai ... Bunga-bunga comel...

Assalammualaikum, salam sayang, salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blog pokok manik bonsai. Sekali lagi entry pada pagi ini tentang pokok manik bonsai yang boleh dipelbagaikan mengikut cara dan citarasa kita sendiri dengan hanya menggunakan teknik yang sama. Selain itu, kepada rakan-rakan sehobi, boleh juga singgah di FB saya( suhainy sudin) untuk mencuci mata pokok manik bonsai. Kepada sesiapa yang berminat dengan pokok manik bonsai dan ingin mencuba , anda hanya perlukan manik dan bahan-bahan asas untuk pokok manik bonsai ini seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini dan pemilihan manik dan bahan-bahan asas boleh didapati daripada blog ini....... apa kata anda cuba pokok manik bonsai ini pula....

Teknik yang digunakan : teknik pintalan biasa
Jenis manik : bentuk daun dan bentuk bunga
Dawai : warna emas/ gangsa ( kuantiti : 150 batang)

Macam mana nak buat batang besar macam ni ? Follow step by step :

1. Mula-mula sekali, cantumkan semua 150 batang dawai dan pintal dan satukannya.
2. Kemudian, pecahan kepada beberapa dahan kecil ( contohnya : bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian)
3. Seterusnya, pada dahan-dahan yang dibahagiakan tu, buka dawai tu satu2 dan pintalkan bunga dan daun mengikut citarasa ( 1 dawai hanya untuk satu bunga dan 1@ 2  daun sahaja.)
4. Berikutnya , buat sampai habis.
5. Apabila dah siap, maka 'adjust' sehingga menjadi pokok manik bonsai yang dingini....
6. Masukkan pokok ini ke dalam pasu dan dihiasi dengan pokok renek lain , jika suka ... atau boleh jugak letakkan batu...


AKHIRNYA ....... TARANG... SIAP DAH KAN POKOK MANIK BONSAI NI....

SILA CUBA , PASTI ANDA SUKA...PASTI BOLEH....


Pokok manik bonsai , bunga kecil dan daun



Fokus pada batang pokok ini , anda perlu cantumkan kesemua dawai dahulu, then baru follow step yang saya berikan. selamat mencuba

Tuesday, December 27, 2011

Pokok Manik Bonsai .. Oren Coklat.

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Sekejap je rasanya, tahun 2011 telah pun hampir ke penghujungnya dan tahun 2012 pula menjengah dan menghampiri kita semua.. bila hujung tahun.. adakah kita telah mencapai sasaran tahun 2011? manakala perancangan sepanjang tahun 2012 perlu difikirkan... kali ni entry saya berkenaan pokok manik bonsai berwarna oren dan jugak coklat. Jika dilihat , pokok ini sememangnya agak besar dan seolah-olah gabungan antara 2 pokok iaitu bahagian atas dan jugak bahagian bawah... cantuman macam biasa sahaja.

Teknik yang digunakan : teknik asas / teknik biasa ( macam dalam tutorial sebelum ini)
Jenis manik : Manik panjang ( 250 gm)
                    manik bulat. ( 250gm)
Dawai halus : gold ( 100-120 batang - termasuk melilit batang pokok yang besar)
Bilangan ranting : bahagian atas : 25-30 ranting
                           bahagian bawah : 30 ranting
Pasu : ikut warna kegemaran anda tapi warna gelap sangat sesuai
Simen dan batu untuk tanaman pokok bonsai supaya kukuh dan tahan lama.


Mengapa pokok manik bonsai jadi pilihan anda?

KERANA :-

1. Cantik..
2. Pelbagai gabungan warna , ikut kesesuaian dan pilihan anda.
3. yang penting tahan lama
4. Tidak mudah rosak
5. Boleh dibasuh dengan air.. kerana ianya manik kan..
6. Jimat belanja..

APA KATA ANDA MENCUBA SENDIRI.. PASTI PUASHATI..

BELILAH BEADS MATERIAL DISINI ..... BERITAHU SAYA...


Teknik ranting seperti di atas ni


Teknik asas membuat ranting.

Wednesday, November 16, 2011

Bunga Telor Teddy Bear.. ada manik.. semestinya manik

Aduh, akhirnya dapat jugak saya mengupdatekan tutorial mudah untuk semua kawan2 blog yang suka manik macam saya ni..... namun yang demikian, saya sebenarnya tengah menyiapkan bunga telor teddy bear untuk perkahwinan kawan/ housemate saya... si Farrah Salwa , untuk abangnya... yang akan melangsungkan perkahwinan pada awal Disember 2011 ini... malam ni mengantuk sangat , sebab petang tadi seharian carikan teddy bear dekat padang besar, jumpalah yang cute mute ni... sambil mencari manik, tetapi tidak memenuhi citarasa, jadi beli teddy bear jelah...memandangkan mengantuk sangat, so sempat buat 3 je.. tapi nak kongsi jugak dekat sini... pokok bunga telor ni, tapi saya tambah manik sikit je... nak kongsi bersama.. selamat mencuci mata....


saya cuma letakkan tengahnya dengan manik... warna bunga sakura


manik bentuk bunga


Tutorial Mudah/Asas

asslammualaikum.. selamat malam,malam ni saya akan cuba updatekan satu tutorial asas macam mana nak buat pokok manik bonsai ni. walaupun sebelum ni saya pernah juga letakkan tutorial di blog ni, namun masih ada peminat pokok manik bonsai dan juga rakan sehobi bertanyakan berkenaan asas manik bonsai ni. sebenarnya saya cuba untuk update dari siang tapi line yang kurang memuaskan menyebabkan tertangguh hingga ke malam harinya. namun yang demikian, harapan semoga tutorial ini dapat membantu kawan2 semua.Saya harap anda semua faham, tapi kalau tak faham, boleh inform saya je ye.

step 1 : mesti ada dawai halus.

step 2: masukkan 5 biji manik dan pintal menjadi seperti diatas.

step 3 : terus pintal senyak 7 kali - senang je, ikut keselesaan masing-masing ya.

step 4 : kemudian masukkan lagi 5 biji manik , tetapi jaraknya mesti 1/2 inci , then silang macam gambar diatas.

step 5 : masukkan lagi 5 biji manik kemudian teruskan kiri dan kanan

step 6 : tarang... dah pun jadi macam ni.

step 7: ha.. dah banyak dah

step 8 : hahahaha.. lagi banyak.. nak banyak? buat step by step


ni stok manik


Wednesday, November 9, 2011

Manik dan lighting .. bling-bling

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.. hari raya qurban. Agak lama menyepikan diri bukanlah bermakna tidak ladi aktif ngan bunga manik bonsai tetapi tengah menyiapkan beberapa kerja yang sepatutnya disiapakn. Namun yang demikian, masih lagi ingin berkongsi berkenaan manik dan lampu yang bercahaya.... mesti suka kan.. saya pun suka... selamat cuci mata ya.. kepada mana rakan2 sehobi yang tak jemu-jemu bertandang ke blog saya ni, terima kasih banayak-banyak.






Cantik kan... semuanya ada manik-manik ditengah-tengah bunga tersebut . Tambah cantik bila ianya dihiasi dengan lampu, comel sangat.. suke lah...

Tuesday, September 13, 2011

Pokok Manik Bonsai.. comel ummi latifah

Salam 1 Malaysia..Saja saya updatekan blog saya pada hari ni nak bercerita berkenaan pokok manik jugak lah.. yelah, kalau tak bercerita hal2 manik ni, tak best pulak. macam ni, masa saya bertugas dekat Ipoh dulu, saya masih aktif membuat pokok manik ni dan ada seorang staf yang bekerja bersama ni pun minat gak ngan pokok manik ni. Jadi dia pun belajar mengenai membuat pokok manik melalui blog saya. oleh yang demikian, apabila siap je pokok manik, dia pun tunjukkan hasilnya.. Wah, teruja jugak saya tengok sebab dia boleh buat sepohon pokok manik yang comel hanya melalui tutorial yang saya berikan. Jadi dikesempatan ini, saya akan sharekan pokok manik yang dihasilkan oleh ummi latifah... tengoklah hasil kerja tangan ummi latifah..

Walaupun pertama kali buat, namun hasilnya tetap menarik kan..


pokok manik ni mempunyai beberapa bentuk manik dan warnanya.

Pokok Manik Bonsai... Putih Salju

Assalammualaikum... terima kasih kepada semua pengunjung blog dan rasanya belum lagi terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.. dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Merdekakan hati dan minda kita... cuma untuk sekian kalinya, saya masih dapat berkongsikan pokok manik bonsai .. seputih salju.. putih.. ya putih... selepas putih... tengah siapkan berwarna hijau.. saiznya memang besar..memang cantik.. comel... selamat menjamu mata...

Teknik : teknik yang biasa sahaja.. 5 biji manik dipintal.
batangnya : nampak besarkan, sebab kita cantumkan 10 batang, then cantumkan lagi... sampai dia jadi besar..
Harga : RM 300.00 (saiz besar).. kalau nak yang kecik comel, pun boleh gak.. nak wat sendiri pun leh gak..
sangat sesuai dijadikan hadiah perkahwinan, hadiah persaraan, perhiasan rumah, ...




Saturday, July 30, 2011

Pokok Bunga Manik -Biru dan Silver

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Sejuk rasanya , tenang rasanya pada waktu malam dan terima kasih kepada semua pengunjung blog aku dan manik ni. Agak lama blog ni tidak diupdate, bukanlah kerana tiada masa tetapi line internet yang agak slow.Ditambah pula dengan pelbagai aktiviti sampingan lain maka masa yang ada terasa cukup singkat.Sebenarnya, saya telah pun menyiapkan pokok manik biru silver ini dan ianya telah pun selamat dijual kepada maizan daripada Kelantan. Terima kasih kerana sudi dan meminati pokok manik bonsai ini. Buat masa ini, saya tengah siapkan pokok manik bonsai warna hijau yang banyak digemari oleh peminat pokok manik bonsai ini. Projek yang paling latest ialah tengah menyiapkan nota tutorial untuk peminat pokok manik bonsai untuk mencuba sendiri.

Harga : RM 85.00 ( termasuk pos)

telah pun dijual


closed up

Thursday, May 26, 2011

Pokok Manik Bonsai ... TRIO CUTE

Assalammualaikum dan saya kembali lagi seperti yang dijanjikan....saya dah siapkan pokok bunga manik bonsai .. pokok yang mempunyai 3 kuntum bunga yang berwarna merah, kuning dan jugak light purple. Bersaiz kecil dan sesuai untuk anda yang ingin menghiasi meja komputer atau pun di sudut meja solek, tetapi pokok ni menghiasi meja pejabat Cik din.Hari ni , masa pergi keluar lunch. saya ada terjumpa seorang kakak yang sangat cantik, luaran dan dalaman yang sama cantiknya. baik sangat.. ada beberapa perkara yang dinasihatkan tadi sememangnya amat berguna buat diri saya... membakar semangat.. terima kasih kak raudhah , yang merupakan seorang peguam... thanks. Kepada anda yang berminat nak order , pun boleh gak bagi tau nak bunga warna apa... then, berapa kuntum..leh gak.atau nak wat sendiri pun leh gak....tapi ianya memang cantik, berkilat dan tahan lama. Just cuci dengan air, guna semula...

harga ; Rm 100.00 ( termasuk pos ke tempat kediaman)
- 3 kuntum bungan ( saiz kecil dan besar)
- ditanam dengan simen dan diletakkan dengan batu kecil.
- mempunyai daun-daun ( lebih kurang 21 daun)
- ketinggan anggaran 20cm.
- Cara pembelian : inform saya.


Bunga manik...order jangan tak order



pandangan sisi

Tutorial