Sunday, January 30, 2011

Kaktus Manik Bonsai

Gubahan manik bonsai daripada hasil daun yang dipelajari .... saya menjumpai pokok ini semasa melayari internet dan sebenarnya pelbagai rupa dan jenis boleh kita gubah, seperti berikut :-

ya... bunga kaktus... cantikkan.... macam-macam yang boleh kita lakukan... hanya mengaplikasikan teknik ini sahaja.... mesti cun kan.. apa kata sama-sama kita cuba buat.... 


Teknik Membuat Daun

Assalammualaikum... dan salam 1 Malaysia.. kali ni entry saya nak share juga informasi mengenai cara-cara untuk membuat daun iaitu daun yang agak berlainan sikit.. sebenarnya daun ini boleh digunakan ataupun digubah menjadi hasil gubahan mank bonsai yang cantik.. stepnya tidak susah malah senang diikuti .. saya telah pun berjaya membuat beberapa daun ni dan dijadikan kelopak bunga tulip... rasanya pengunjung blog ni bolehlah belajar teknik dan mengaplikasikannya nanti.... saya akan postkan pic yang mana menggunakan hasil gubahan daun ni....














Monday, January 24, 2011

Pokok Manik Bonsai - Strawberry...

Assalammualaikum... entry kali ini saya nak share lagi mengenai pokok manik bonsai... iaitu pokok manik bonsai strawberry. Inilah yang pernah saya katakan bahawa pokok manik strawberry pun cantikkan. Tapi ingin saya nyatakan disini bahawa pokok manik strawberry ni bukan saya yang buat tetapi sasya jumpa semasa melayari internet dan saya memang berhajat nak buat. Insyaallah , saya akan buat jugak sebab tekniknya saya dah pelajari dan saya akan kongsikan disini untuk sesiapa yang berminat. Foto kat bawah ni hanya ingin dikongsi dengan kawan2 bahawa memang cantik dan halus sangat seni buatkannya... saya memang suka sangat. Nanti nak wat juga satu, walaupun pokok yang kecil sahaja. Apa kata sesiapa yang berminat cuba dulu buat... saya nantilah...





Monday, January 17, 2011

Pokok Manik Bonsai - Bunga

Kali ni entry cuma nak share mengenai pokok manik bonsai jenis bunga... bunga sekuntum dengan cantuman daun.. 1 ranting mempungai 1 kuntum bunga dengan 14 keping daun.. kemudian beberapa ranting ni dicantum untuk menghasilkan sepokok pokok bonsai bunga. Rasanya proses pembuatannya tidak susah. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah memulakan dengan merancang berapa kuntum bunga yang kita nak . Contohnya : katakan kita nak 5 kuntum bunga, maka daun yang diperlukan ialah 14 x 5 : 70 keping. Batang dawai besar mestilah ada 5 batang untuk setiap kuntum. Mulakan dengan membuat dau dahulu ( 70 keping ). bila siap daun, buatlah bunga. Bila siapkan bunga , proses mencatum dilakukan. Semasa mencantum mulakan bungan dibahagian atasnya dulu, kemudian daun mestilah dicantuum dengan jarak 1 inci setiap kali cantuman dan daun tu hendaklah berpasangan dan berselang seli... buat sampai habis... bila dah siap.. cantum , lilitkan batang.. sampai nampak cam bonsai...tara.. dah siap...

lepas siapkan... kita bentukkan pokok manik bonsai kita tu.. camna nak bentukkan.. nanti saya ajarkan disini..di len entry ye.

Sunday, January 16, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Assalammualaikum... Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pengunjung blog ini yang tanpa jemu memberikan sokongan dan tak lupa juga kepada semua rakan2 sehobi . Semoga blog ini dapat dijadikan tempat mencurahkan sedikit sebanyak ilmu dan hobi buat rakan2. Harapan sepanjang tahun 2011, blog ini dapat menyumbangkan lagi informasi tentang manik bonsai ini. Permulaan tahun 2011 ni, saya nak share mengenai manik bonsai ini iaitu mengenai 'design' / gubahan. Selalunya, pokok manik memanjang ke atas je, kali ni ianya memanjang secara mendatar. Untuk design macam ini memerlukan lebih bantak ranting iaitu lebih kurang  65 ranting gitu.. cara susunan pun agak lain sikit. Kali ni , saya share pic dulu, nanti saya ceritakan dengan lebih detail untuk sesiapa yang inginkan design ni..saya ada buat untuk warna hijau tapi shoot pic tak cantik lah pulak. share yang ini dulu. Selamat tahun baru dan selamat menjamu mata.


Masih lagi pokok bonsai koko oren tetapi menggunakan design memanjang.

Tutorial