Wednesday, February 23, 2011

Pokok Manik Bonsai--- koko dan oren lagi...

Kali ini entry nak share mengenai pokok manik bonsai warna koko dan oren... dah disiapkan dan telah pun diserahkan kepada tuannya.. Harga RM 40.00 sahaja. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba.

Tuesday, February 22, 2011

Pokok Manik Bonsai ... cherry..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.... hari ini masih lagi cuaca yang mendung, redup je... rasa nyaman sekali.. namun yang demikian, kesihatan agak kurang memuaskan.. batuk... batuk.. dan batuk.. masih lagi bauk walaupun dah start makan ubat... walaubagaimanapun keadaannya, saya tetap menghabiskan projek membuat pokok manik bonsai tempahan seorang kenalan , Ilah... iaitu pokok manik bonsai dengan gabungan warna biru torquise , sedikt purple dan merah... apabila dicantum dan disiapkan menjad pokok, jadi saya letakkan nama pokok manik bonsai 'ceri'.. kenapa ya? ye lah sekali pandang, macam buah ceri pulak... apa-apa pun , saya masih jugak menggunakan teknik asas membuat ranting.. cantuman pun macam biasa. Selalunya pokok sebesar ini , saya menjual dengan harga RM 100.00 sahaja. Harga ini , adalah harga yang lebih murah berbanding harga pokok manik bonsai di pasaran. Tetapi sekiranya anda berminat, apa kata boleh cuba buat sendiri..... pasti anda akan rasa puas nanti... selamat mencuba...


pokok manik bonsai cherry.



Sunday, February 20, 2011

Pokok Manik Bonsai... Coko Oren...

Hari ini cuaca kat tempat saya.. mendung sangat3.. terasa amat nyaman sekali.... jelas sekali menggambarkan suasana yang amat best le.. kalau diajak memejamkan mata.. apa lagi nak tidor le.. berbanding cuaca pada hari semalam..wah panas terik...alhamdulilah, cuaca hari ni , nyaman... sambil2 bercerita tentang isu cuaca ni, terpanggil jugak nak share lagi ... apa tu?. Apa lagi, pokok manik bonsai nilah.. menggunakan teknik asas jugak.. gabungan warna coko oren lagi... sememangnya, ramai customer/ kenalan saya ni , suka membuat tempahan pokok manik bonsai warna koko dan oren.. tapi warna yang ni tak menyerlah sangat sebab oren pun seakan-akan warna koko tu jugak... sebenarnya pokok ni ada kembarnya.. maksudnya saya buat 2 pokok manik bonsai yang sama tapi untuk customer yang berasingan. Tapi snap pic satu je sebab kembar, serupa, seiras...oppps.. terlupa nak bagitau disini.. ramai jugak pengunjung blog mintakkan saya letakkan sekali harga setiap pokok yang saya buat. ok.. untuk yang sebegini rupa , kebiasaanya saya akan menjual Rm 100.00 ( lengkap / siap), yang ini sebab maniknya lebih banyak dan padat serta saiz agak sederhana besar. selamat menjamu mata...

Anda minat bunga ni? nak cuba sendiri? boleh je.. ikut macam tutorial yang pernah diberikan dalam blog ni. selamat mencuba...

pokok bunga ni .. koko oren.. teknik asas membuat ranting je...


pokok manik koko oren

 closed up 

Projek Terbaru... Pokok Manik Bonsai Torquise..Merah

Sebenarnya, tengah sibuk memintal ranting-ranting manik ni.. maka terlintas pulak nak snap gambar terbaru projek membuat pokok manik bonsai... gabungan warna memang nampak agak garang jugak ..malah boleh dikatakan agak ceria... saja nak gabungkan antara warna biru torquise, purple dan merah...merah yang menyerlah sebenarnya... masih dalam proses.. insyaallah akan siap nantilah.... kepada rakan-rakan yang berminat, nanti saya akan sediakan pilihan starter kit untuk yang nak membuat sendiri... cuma tengah sediakan bahan-bahannya.. apabila ready akan diberitahu nanti... apa lagi enjoy lah dengan pic ni dulu.... 


ranting -ranting yang telah disiapkan .. iaitu lebih kurang 53 batang ranting...


ranting-ranting... cuma gunakan teknik asas sahaja...

Saturday, February 19, 2011

Pokok Manik Hijau...Hijau Lagi...

Assalammualaikum... sekali ucapan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog manik bonsai saya ini.... sepanjang minggu ni sememangnya  minggu yang amat, amat, amat sibuk malah amat meletihkan... tapi ku gagahi semangat ku ini jua.... di atas kesibukan ini, masih sempat untuk share .. satu lagi hasil pokok manik bonsai yang ditempah.. warna hijau.. all green... namun yang demikian, pokok manik hijau epal ini saya buat secara memanjang... menggunakan lebih banyak manik daripada design yang biasa saya buat... semua menggunakan manik panjang. Kebiasaannya, sekiranya bentuk begini , saya akan jual RM100.00 sebab ianya lebih besar dan padat dengan manik-manik... setelah disiapkan pokok manik ini, saya tengah usahakan menyiapkan satu lagi pokok manik design jenis ini... dah pun siap, cuma tunggu untuk ditanamkan sahaja.. Insyaallah malam ni tanam, esok saya uploadkan pic nya... selamat menjamu mata....

Teringin nak cam ni? boleh sahaja... cuba tengok pada post sebelum ni ..iaitu cara membuat ranting, teknik asas sahaja.. senang dan mudah... anda pun boleh buat..


gabungan 2 warna hijau... dah hantar pada tuannya.

sempat snap pic ... 


closed up ... from top... lebih banyak manik.. padat...

Saturday, February 12, 2011

BUNGA RAYA KUNING MERAH...

Asssalammualaikum.. kali ni entry nak share pokok manik bonsai , design bunga raya .. campuran 2 warna iatu kuning dan warna merah... bunga ni saya buat khas untuk dihadiahkan kepada kawan saya yang nak bersara pada 10/2/2011 yang lalu iaitu kak Oii bee eng... untuk kenagan sahaja.... apa yang seronok dan terkesimanya.. apabila kak Oii nangis2 sebaik sahaja diberikan hadiah... katanya cantik dan suka sangat.. dan sebenarnya yang paling penting adalah ingatan padanya... semoga kak Oii happy saja bersma family tersayang.... bila dah pencen ni .. dan jangan lupa ngan kengkawan kat sini.. huhuhu.. sedih gak .. sebab saya pun dah nak tinggalkan tempat kerja ni ke tempat lain.....


satu batang ni saya letakkan 14 kepig daun.. daun gunakan teknik basic untuk membuat daun. ada dalam blog ni.


cuma membuat lilitan pada batang bonsai yang besar tu..


closed up bunga.. gunakan teknik membuat daun.. cantumkan 5 daun.. jadilah bunganya.


closed up bunga raya...2 sesungut...

Tuesday, February 8, 2011

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Hari ini terasa teringin nak makan atau masak jadi saya menjelajah ke blog kak ummi yang sememangnya pandai masak dan sedap sangat. Resepi kak ummi yang paling sedap yang pernah saya cuba ialah  kek oren moist.. sedap tul lah.. Hari-hari saya asyik buat pokok manik.. apa kata saya sebut pasal makanan la kali ni.. kalau ada yang berminat nak jugak digegarkan blog oleh ben ashaari ni.. cara nya mudah sahaja iaitu :-



  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG
  2. TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !
  3. Tulis SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??
  4. Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..
TUTUP : 8 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??



Monday, February 7, 2011

Pokok Manik Bonsai Kuning Putih... Puteri Salju..

Just nak sharing something jugak .. pasal pokok manik bonsai kuning putih ... cantik sangat tapi .. bukannya dibuat oleh saya.. ni pun saya jumpa semasa melayari internet.. tapi tak ingat pulak dia punya website. Tapi yang penting nak kongsi ngan kekawan, bahawasanya... penggunaan teknik yang asas tetapi gubahan bunga tu yang penting , dimana untuk lebih mencantikkan bunga itu sendiri.. gubahan sebenarnya bergantung kepada kreativiti seseorang itu sendiri ...macam pemilik bunga ni... memang kreatif.


cantik kan ? tengok pasu dia pun lain... menggunakan teknik asas.. tapi hasilnya.. meletup tu...


closed up bunga.. bagaimana nak susun.. dan bilanagan manik yang digunakan.. rasanya .. boleh dicuba sendiri..

Sunday, February 6, 2011

POKOK MANIK BONSAI HIJAU KUNING

Hari ini adalah hari pertama bekerja selepas seminggu bercuti panjang .. cuti panjang tapi banyak jugak kerja yang dibuat terutama sekali menjalankan xtvt mengemaskan rumah.. packing barang-barang.. sebenarnya, saya dalam proses untuk pindah rumah ke rumah lain... saya akan berpindah ke Ipoh kerana kerja mulai awal Mac 2011 nanti... aduh.. letih tak terhingga mengemas.. walaupun begitu masih sempat jugak meminta bunga bonsai ni.. untuk kali ini saya share manik bonsai hijau kuning.. sepertimana yang diminta oleh tuannya. Bunga ni dah dijual... hanya untuk sharing....


pokok manik ini menggunakan 4 warna iaitu warna hijau, kuning, gold dan hijau lumut. Manakala jenis manik pula.. ada manik bulat , bulat kecil, manik panjang dan manik segiempat ( utk hijau lumut).





closed up pokok manik .


yang ini pula closed up batang yang dicantum.. dipusing-pusing cam tu..

Thursday, February 3, 2011

Bunga Sakura...

Minggu ni semua orang rasanya dapat cuti panjang sebab... cuti tahun baru cina.... cuti 4 hari.. bestnya dapat rehat dekat rumah sambil2 menyiapkan pokok manik bonsai.... best la bila cuti panjang sikit tapi nanti rasa segan /liat pulak nak masuk kerja.. maklumlah dok rumah lama sangat kan... jadi sempena menyambut tahun baru cina.. tahun arnab.. saya nak share mengenai pokok manik bonsai sakura ni... saya buat yang bersaiz kecil sahaja... kalu ikutkan tu sebenarnya saiz, lebih besar...pokok sakura ni, saya hadiahkan kepada rakan sekerja yang berpencen , Cik Leha , namanya... semoga cik leha sentiasa sihat dan selalu ingatkan saya disamping menguruskan cucunya nanti.... apa kata kita share bunga sakura ni...warnanya iaitu pink, merah, purple dan putih...teknik asas juga...

bunga sakura

bunga sakura

closed up : bunga sakura yang dicantum menjadi dahan


closed up bunga sakura dalam bentuk ranting-ranting kecil
'SELAMAT TAHUN BARU CINA'
DAN SELAMAT MENCUBA

Tutorial