Thursday, February 3, 2011

Bunga Sakura...

Minggu ni semua orang rasanya dapat cuti panjang sebab... cuti tahun baru cina.... cuti 4 hari.. bestnya dapat rehat dekat rumah sambil2 menyiapkan pokok manik bonsai.... best la bila cuti panjang sikit tapi nanti rasa segan /liat pulak nak masuk kerja.. maklumlah dok rumah lama sangat kan... jadi sempena menyambut tahun baru cina.. tahun arnab.. saya nak share mengenai pokok manik bonsai sakura ni... saya buat yang bersaiz kecil sahaja... kalu ikutkan tu sebenarnya saiz, lebih besar...pokok sakura ni, saya hadiahkan kepada rakan sekerja yang berpencen , Cik Leha , namanya... semoga cik leha sentiasa sihat dan selalu ingatkan saya disamping menguruskan cucunya nanti.... apa kata kita share bunga sakura ni...warnanya iaitu pink, merah, purple dan putih...teknik asas juga...

bunga sakura

bunga sakura

closed up : bunga sakura yang dicantum menjadi dahan


closed up bunga sakura dalam bentuk ranting-ranting kecil
'SELAMAT TAHUN BARU CINA'
DAN SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Tutorial