Sunday, February 20, 2011

Pokok Manik Bonsai... Coko Oren...

Hari ini cuaca kat tempat saya.. mendung sangat3.. terasa amat nyaman sekali.... jelas sekali menggambarkan suasana yang amat best le.. kalau diajak memejamkan mata.. apa lagi nak tidor le.. berbanding cuaca pada hari semalam..wah panas terik...alhamdulilah, cuaca hari ni , nyaman... sambil2 bercerita tentang isu cuaca ni, terpanggil jugak nak share lagi ... apa tu?. Apa lagi, pokok manik bonsai nilah.. menggunakan teknik asas jugak.. gabungan warna coko oren lagi... sememangnya, ramai customer/ kenalan saya ni , suka membuat tempahan pokok manik bonsai warna koko dan oren.. tapi warna yang ni tak menyerlah sangat sebab oren pun seakan-akan warna koko tu jugak... sebenarnya pokok ni ada kembarnya.. maksudnya saya buat 2 pokok manik bonsai yang sama tapi untuk customer yang berasingan. Tapi snap pic satu je sebab kembar, serupa, seiras...oppps.. terlupa nak bagitau disini.. ramai jugak pengunjung blog mintakkan saya letakkan sekali harga setiap pokok yang saya buat. ok.. untuk yang sebegini rupa , kebiasaanya saya akan menjual Rm 100.00 ( lengkap / siap), yang ini sebab maniknya lebih banyak dan padat serta saiz agak sederhana besar. selamat menjamu mata...

Anda minat bunga ni? nak cuba sendiri? boleh je.. ikut macam tutorial yang pernah diberikan dalam blog ni. selamat mencuba...

pokok bunga ni .. koko oren.. teknik asas membuat ranting je...


pokok manik koko oren

 closed up 

No comments:

Post a Comment

Tutorial