Thursday, March 31, 2011

Pokok Manik Bonsai .. Biru dan Merah...

Malam ni terasa nak mengupdatekan blog selepas menyelesaikan segala apa yang patut dan sepatunya... nak share pokok manik bonsai yang kecil molek ni yang berwarna biru dan merah... dah lewat malam..mata pun mengantuk, esok nak pi kerja, esok pagi-pagi pun dah ada meeting.. just cuci mata jelah...



Wednesday, March 30, 2011

Pokok Manik Bonsai dwi kaler pink putih

 Bila dah lama tak update blog ni, sememangnya.. dah melekat penyakit "M".. penyakit malas le, segan le... bukannya apa.. sebenarnya, sibuk bila mana nak menyesuaikan diri di tempat baru...dalam kesibukkan kerja dan menguruskan hal2 lain.. tetiba pulak.. kita ni sakit gigi.. penampal gigi dah tercabut.. bila masa tak ingat .. sedar2 dah pun berlubang besar.. apa lagi, esoknya.. rasa sakit sebab terdedah kepada kuman lah. kut... so kena pi buat sesuatu jumpa dr. gigi.. so semuanya dah ok dah pun....

Oleh yang demikian, masih lagi dengan pokok manik bonsai , size kecil aje.. untuk tatapan semua.. bila mana gigi dah ok.. hasilnya pun ok... cam biasalah pokok ni harga RM 40.00 dan telah pun dijual.



Friday, March 11, 2011

Pokok Manik Bonsai .... Pokok Oren .. merah

Rasanya dah lama tak updatekan blog ni , sepanjang bulan Mac ini. Namun yang demikian, bila mana ada kelapangan.. insyaallah.. updatekan blog.. walaupun blog ni nampak tak update tetapi xtvt membuat pokok  manik bonsai masih dan tetap berjalan lancar. Sebenarnya, blog ini sentiasa direview cuma nak upload photo berkenaan dengan manik sahaja yang belum kesempatan tambahan pulak line internet pulak wat hal.. very slow. Alhamdulilah, kali ni line pun dah ok , masa pun free sikit.. nak share mengenai pokok manik bonsai yang telah lama disiapkan dan telah pun diambil oleh tuan punya pokok ini. Jadi saya sharekannya disini. Semoga semua yang berminat dapat menghasillkan pokok manik bonsai ini dimasa akan datang. Pokok manik ini mempunyai 14 ranting, 14 buah dan setiap ranting mempunyai 14 keping daun. Harga jualan ialah RM350.00.  Anda berminat? boleh buat sendiri jugak.....


pokok manik secara keseluruhannya


pokok manik dan pasunya

 yang ni pulak.. closed up je

Tutorial