Thursday, May 26, 2011

Pokok Manik Bonsai ... TRIO CUTE

Assalammualaikum dan saya kembali lagi seperti yang dijanjikan....saya dah siapkan pokok bunga manik bonsai .. pokok yang mempunyai 3 kuntum bunga yang berwarna merah, kuning dan jugak light purple. Bersaiz kecil dan sesuai untuk anda yang ingin menghiasi meja komputer atau pun di sudut meja solek, tetapi pokok ni menghiasi meja pejabat Cik din.Hari ni , masa pergi keluar lunch. saya ada terjumpa seorang kakak yang sangat cantik, luaran dan dalaman yang sama cantiknya. baik sangat.. ada beberapa perkara yang dinasihatkan tadi sememangnya amat berguna buat diri saya... membakar semangat.. terima kasih kak raudhah , yang merupakan seorang peguam... thanks. Kepada anda yang berminat nak order , pun boleh gak bagi tau nak bunga warna apa... then, berapa kuntum..leh gak.atau nak wat sendiri pun leh gak....tapi ianya memang cantik, berkilat dan tahan lama. Just cuci dengan air, guna semula...

harga ; Rm 100.00 ( termasuk pos ke tempat kediaman)
- 3 kuntum bungan ( saiz kecil dan besar)
- ditanam dengan simen dan diletakkan dengan batu kecil.
- mempunyai daun-daun ( lebih kurang 21 daun)
- ketinggan anggaran 20cm.
- Cara pembelian : inform saya.


Bunga manik...order jangan tak order



pandangan sisi

Wednesday, May 25, 2011

Manik-Manik ...

Assalammualaikum, lama dah tak update blog ni bukan disebabkan tak ada xtvt membuat pokok manik bonsai ni, cuma masa yang tak mengizinkan kerana urusan perpindahan ke tempat kerja yang baru, kerana saya dah berada di Negeri Perlis pulak... kini berkhidmat di negeri yang banyak mempelam harum manis yang sedap tu... cuma kali ni nak share pokok manik bonsai berbentuk trio bunga.. tapi pic dia tak ingat letak folder mana pulak. Insyaallah nanti try cari lain, then saya akan masukkan kemudian. semasa melayari internet, terjumpa pulak manik yang dibuat bentuk bunga kemudian di rekabentuk menjadi kalung.. cantikkan ...so saya nak share.. something new and nice about bunga manik ni... selamat menjamu mata....


cantikkan ...suka lah


ni pun cantik gak..

Wednesday, May 11, 2011

Pokok Manik Bonsai ... hasil kerjatangan Liza ( kawan FB)

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia... kali ini saya nak share sikit mengenai kerja tangan kawan yang mempunyai hobi yang sama dengan saya, namanya Liza yang berasal dari Pahang. Liza ni rajin sungguh buat pokok bunga bonsai dan jugak mengambil tempahan macam saya jugak. Apa kata kali ni, kita tengok hasil kerjatangan liza yang menarik ni. kalau nak tengok lagi, boleh je mengunjungi FB , hasliza. Semoga tatapan kali ini dapat memberikan 1001 ilham buat anda semua yang sehobi ngan saya. Wassalam.





Gubahan Pokok manik bonsai.. satu evolusi...


assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung setia blog saya ini. Entry saya pada kali ini lebih untuk kongsi mengenai pokok manik bonsai yang boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara dan bentuknya. Walaupun menggunakan teknik asas membuat pokok manik bonsai tetapi hasilnya adalah meletup. Sebenarnya , gambar pokok ini saya terjumpa semasa saya mencari sesuatu di internet, nampak cantik jadi saya kongsikan disini. Oklah, lagi satu perkara ialah saya ingin memohon seribu kemaafan kepada kawan2 yang telah menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai pokok manik , kerana bukan saya tidak menjawab call tapi fon saya bermasalah. so insyaallah lepas ni ok dah. sekiranya ada apa2 pertanyaan, boleh juga emailkan kepada saya, insyaallah saya akan jawabkan. Semoga anda semua diberkati Allah dan selamat mencuci mata dengan pokok manik bonsai kali ini. Wassalam.



cantikkan.. gubahan dan susunannya...

 yang ni pun sama jugak.. cara susunan yang berbeza

Wednesday, May 4, 2011

Pohon Bonsai Limau Merah ... comel

Assalammualaikum... lama rasanya tak update blog ni, lebih kurang dalam dekat sebulan. Namun yang demikian, saya ingin kongsikan mengenai pokok manik bonsai yang telah pun disiapkan. Pokok manik bonsai ni adalah pokok limau merah, tetapi pokoknya comel dan cute.. ini saya buat untuk koleksi peribadi.. sebenarnya, buat masa sekarang ni, saya tengah siapkan pokok manik bonsai yang berbentuk bunga kembang.. nanti siap akan saya uploadkan.

anda boleh cuba dan buat sendiri... selamat mencuci mata...



Tutorial