Wednesday, November 16, 2011

Bunga Telor Teddy Bear.. ada manik.. semestinya manik

Aduh, akhirnya dapat jugak saya mengupdatekan tutorial mudah untuk semua kawan2 blog yang suka manik macam saya ni..... namun yang demikian, saya sebenarnya tengah menyiapkan bunga telor teddy bear untuk perkahwinan kawan/ housemate saya... si Farrah Salwa , untuk abangnya... yang akan melangsungkan perkahwinan pada awal Disember 2011 ini... malam ni mengantuk sangat , sebab petang tadi seharian carikan teddy bear dekat padang besar, jumpalah yang cute mute ni... sambil mencari manik, tetapi tidak memenuhi citarasa, jadi beli teddy bear jelah...memandangkan mengantuk sangat, so sempat buat 3 je.. tapi nak kongsi jugak dekat sini... pokok bunga telor ni, tapi saya tambah manik sikit je... nak kongsi bersama.. selamat mencuci mata....


saya cuma letakkan tengahnya dengan manik... warna bunga sakura


manik bentuk bunga


Tutorial Mudah/Asas

asslammualaikum.. selamat malam,malam ni saya akan cuba updatekan satu tutorial asas macam mana nak buat pokok manik bonsai ni. walaupun sebelum ni saya pernah juga letakkan tutorial di blog ni, namun masih ada peminat pokok manik bonsai dan juga rakan sehobi bertanyakan berkenaan asas manik bonsai ni. sebenarnya saya cuba untuk update dari siang tapi line yang kurang memuaskan menyebabkan tertangguh hingga ke malam harinya. namun yang demikian, harapan semoga tutorial ini dapat membantu kawan2 semua.Saya harap anda semua faham, tapi kalau tak faham, boleh inform saya je ye.

step 1 : mesti ada dawai halus.

step 2: masukkan 5 biji manik dan pintal menjadi seperti diatas.

step 3 : terus pintal senyak 7 kali - senang je, ikut keselesaan masing-masing ya.

step 4 : kemudian masukkan lagi 5 biji manik , tetapi jaraknya mesti 1/2 inci , then silang macam gambar diatas.

step 5 : masukkan lagi 5 biji manik kemudian teruskan kiri dan kanan

step 6 : tarang... dah pun jadi macam ni.

step 7: ha.. dah banyak dah

step 8 : hahahaha.. lagi banyak.. nak banyak? buat step by step


ni stok manik


Wednesday, November 9, 2011

Manik dan lighting .. bling-bling

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.. hari raya qurban. Agak lama menyepikan diri bukanlah bermakna tidak ladi aktif ngan bunga manik bonsai tetapi tengah menyiapkan beberapa kerja yang sepatutnya disiapakn. Namun yang demikian, masih lagi ingin berkongsi berkenaan manik dan lampu yang bercahaya.... mesti suka kan.. saya pun suka... selamat cuci mata ya.. kepada mana rakan2 sehobi yang tak jemu-jemu bertandang ke blog saya ni, terima kasih banayak-banyak.






Cantik kan... semuanya ada manik-manik ditengah-tengah bunga tersebut . Tambah cantik bila ianya dihiasi dengan lampu, comel sangat.. suke lah...

Tutorial