Thursday, December 29, 2011

Pokok Manik Bonsai .... Kecil....Kuning

Assalammualaikum.. masih lagi mengenai pokok manik bonsai. Kali ni, saya nak menunjukkan dan berkongsi pokok manik bonsai yang saiz kecil sahaja. Bukannya apa, sebab selalunya pokok manik yang besar2 , apa kata try yang kecik comel plak. Untuk menghasilkan pokok manik bonsai yang saiz cam ni, SET 3 ( manik) boleh diaplikasikan......





Saiz kecil sahaja.







Dapatkan SET 3 : RM16.00 ( tidak termasuk postage)

Manik hijau :100gm
Dawai Pink : 30 batang 




Cubalah sendiri..... Insyaallah menjadi...



MANIK UNTUK DIJUAL...MURAH MURAH.. BELI CEPAT...

Ini adalah manik-manik untuk dijual. Manik-manik yang dijual adalah manik yang sama yang saya gunakan untuk buat pokok manik bonsai ni....dan anda boleh jugak rujuk mana rekaan dan follow step, insyaallah menjadi.....


SET 1 : RM 32.00 ( tidak termasuk postage)

Manik hijau : 200gm
Dawai gold : 60 batang



SET 2: RM 32.00 (tidak termasuk postage)

Manik hijau : 200gm
Dawai silver : 60 batang



SET 3 :  RM 16.00 ( tidak termasuk postage)

Manik hijau : 100gm
Dawai Pink : 30 batang
( yang ni pokok yang kecil sahaja, sesuai untuk pertamakali mencuba)

Daripada set-set diatas , anda boleh membuat menjadi pokok manik bonsai yang begini :-



pokok manik bonsai yang sebesar ni untuk SET 1 dan SET 2


atau macam pokok manik bonsai putih ni, teknik sama iaitu menggunakan satu warna manik:



ranting macam ni



BERMINAT????  cepat , cepat dapatkan set manik bonsai anda... ikut step saya.. pasti boleh...
selamat mencuba






Wednesday, December 28, 2011

MANIK UNTUK DIJUAL.... CEPAT CEPAT MURAH SAHAJA...

Set manik untuk dijual : RM 29.00 ( tidak termasuk pos)

daripada set ni , jadikan ini :-




atau ini



Disini ada set manik untuk dijual kepada sesiapa yang berminat nak buat pokok manik bonsai ini. Stok manik ni ada dalam simpanan.

Manik pink : 100gm ( RM 10.00)
Manik biru : 100gm  ( RM 7.00)
Dawai : biru 60 batang ( RM 12.00)
Jumlah : RM 29.00 ( tidak termasuk harga pos)
Kos Pos xpress : RM6.00

Daripada set manik ni, anda boleh buat pokok manik yang macam ni saiznya......



Anda boleh mencuba dengan menggunkan step2 yang saya dah berikan di blog ni sebelum ni... sama ada nak buat batang macam ni atau batang cantuman dawai kesemuanya dulu then pintal buat pokok/ranting.. cubalah sendiri, pasti puashati.

Pokok Manik Bonsai .... Kecil Molek Comel

Hari ni, saya rasa free sikit bilamana banyak kerja dah berjaya disiapkan dan maknanya 'rest'... jadi saya mengambil kesempatan untuk mengupload beberapa pokok manik bonsai yang comel-comel dari segi bunga, rekaan dan juga saiznya ..... maksudnya kecil dan comel. Saya rasanya mungkin sesuai bagi sesiapa yang mula berjinak2 nak buat pokok manik bonsai ni kan, sebab kalau nak mula, mulakan dengan yang kecil dulu , lepas tu bila dah ok, boleh buat yang besar kan.... untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sehobi. Saya jugak baru je selesai mengajar beberapa sahabat untuk buat pokok manik ni, nanti saya uploadkan hasil yang dibuat , pokok dah siap tapi belum ditanam dan dipasukan. Cuba yang ni plak....comel tak?

MACAM MANA NAK BUAT NI?....... NAK CUBA.. FOLLOW THIS STEP, INSYAALLAH BOLEH :-

1. Gunakan teknik asas manik bonsai.
2. Buat secara ranting ( buat sampai 10 ranting)
3. kemudian cantum ranting ( letakkkan kesemua ranting sekali gus dan buat lilitan dengan dawai ).
4. Siap.. hias dan masukkan dalam pasu..
5. Dah siapkan....

Saiz : kecil je.. sesuai diletakkan atas meja sebagai penyendal kertas/ buku...untuk hadiah b day kat kawan2 pun boleh gak....



comel.... letakkan reben untuk mencantikkan pasu yang kosong tu...

Selamat mencuba

Pokok Manik Bonsai ... Bunga-bunga comel...

Assalammualaikum, salam sayang, salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blog pokok manik bonsai. Sekali lagi entry pada pagi ini tentang pokok manik bonsai yang boleh dipelbagaikan mengikut cara dan citarasa kita sendiri dengan hanya menggunakan teknik yang sama. Selain itu, kepada rakan-rakan sehobi, boleh juga singgah di FB saya( suhainy sudin) untuk mencuci mata pokok manik bonsai. Kepada sesiapa yang berminat dengan pokok manik bonsai dan ingin mencuba , anda hanya perlukan manik dan bahan-bahan asas untuk pokok manik bonsai ini seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini dan pemilihan manik dan bahan-bahan asas boleh didapati daripada blog ini....... apa kata anda cuba pokok manik bonsai ini pula....

Teknik yang digunakan : teknik pintalan biasa
Jenis manik : bentuk daun dan bentuk bunga
Dawai : warna emas/ gangsa ( kuantiti : 150 batang)

Macam mana nak buat batang besar macam ni ? Follow step by step :

1. Mula-mula sekali, cantumkan semua 150 batang dawai dan pintal dan satukannya.
2. Kemudian, pecahan kepada beberapa dahan kecil ( contohnya : bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian)
3. Seterusnya, pada dahan-dahan yang dibahagiakan tu, buka dawai tu satu2 dan pintalkan bunga dan daun mengikut citarasa ( 1 dawai hanya untuk satu bunga dan 1@ 2  daun sahaja.)
4. Berikutnya , buat sampai habis.
5. Apabila dah siap, maka 'adjust' sehingga menjadi pokok manik bonsai yang dingini....
6. Masukkan pokok ini ke dalam pasu dan dihiasi dengan pokok renek lain , jika suka ... atau boleh jugak letakkan batu...


AKHIRNYA ....... TARANG... SIAP DAH KAN POKOK MANIK BONSAI NI....

SILA CUBA , PASTI ANDA SUKA...PASTI BOLEH....


Pokok manik bonsai , bunga kecil dan daun



Fokus pada batang pokok ini , anda perlu cantumkan kesemua dawai dahulu, then baru follow step yang saya berikan. selamat mencuba

Tuesday, December 27, 2011

Pokok Manik Bonsai .. Oren Coklat.

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Sekejap je rasanya, tahun 2011 telah pun hampir ke penghujungnya dan tahun 2012 pula menjengah dan menghampiri kita semua.. bila hujung tahun.. adakah kita telah mencapai sasaran tahun 2011? manakala perancangan sepanjang tahun 2012 perlu difikirkan... kali ni entry saya berkenaan pokok manik bonsai berwarna oren dan jugak coklat. Jika dilihat , pokok ini sememangnya agak besar dan seolah-olah gabungan antara 2 pokok iaitu bahagian atas dan jugak bahagian bawah... cantuman macam biasa sahaja.

Teknik yang digunakan : teknik asas / teknik biasa ( macam dalam tutorial sebelum ini)
Jenis manik : Manik panjang ( 250 gm)
                    manik bulat. ( 250gm)
Dawai halus : gold ( 100-120 batang - termasuk melilit batang pokok yang besar)
Bilangan ranting : bahagian atas : 25-30 ranting
                           bahagian bawah : 30 ranting
Pasu : ikut warna kegemaran anda tapi warna gelap sangat sesuai
Simen dan batu untuk tanaman pokok bonsai supaya kukuh dan tahan lama.


Mengapa pokok manik bonsai jadi pilihan anda?

KERANA :-

1. Cantik..
2. Pelbagai gabungan warna , ikut kesesuaian dan pilihan anda.
3. yang penting tahan lama
4. Tidak mudah rosak
5. Boleh dibasuh dengan air.. kerana ianya manik kan..
6. Jimat belanja..

APA KATA ANDA MENCUBA SENDIRI.. PASTI PUASHATI..

BELILAH BEADS MATERIAL DISINI ..... BERITAHU SAYA...


Teknik ranting seperti di atas ni


Teknik asas membuat ranting.

Tutorial