Wednesday, December 28, 2011

Pokok Manik Bonsai ... Bunga-bunga comel...

Assalammualaikum, salam sayang, salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blog pokok manik bonsai. Sekali lagi entry pada pagi ini tentang pokok manik bonsai yang boleh dipelbagaikan mengikut cara dan citarasa kita sendiri dengan hanya menggunakan teknik yang sama. Selain itu, kepada rakan-rakan sehobi, boleh juga singgah di FB saya( suhainy sudin) untuk mencuci mata pokok manik bonsai. Kepada sesiapa yang berminat dengan pokok manik bonsai dan ingin mencuba , anda hanya perlukan manik dan bahan-bahan asas untuk pokok manik bonsai ini seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini dan pemilihan manik dan bahan-bahan asas boleh didapati daripada blog ini....... apa kata anda cuba pokok manik bonsai ini pula....

Teknik yang digunakan : teknik pintalan biasa
Jenis manik : bentuk daun dan bentuk bunga
Dawai : warna emas/ gangsa ( kuantiti : 150 batang)

Macam mana nak buat batang besar macam ni ? Follow step by step :

1. Mula-mula sekali, cantumkan semua 150 batang dawai dan pintal dan satukannya.
2. Kemudian, pecahan kepada beberapa dahan kecil ( contohnya : bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian)
3. Seterusnya, pada dahan-dahan yang dibahagiakan tu, buka dawai tu satu2 dan pintalkan bunga dan daun mengikut citarasa ( 1 dawai hanya untuk satu bunga dan 1@ 2  daun sahaja.)
4. Berikutnya , buat sampai habis.
5. Apabila dah siap, maka 'adjust' sehingga menjadi pokok manik bonsai yang dingini....
6. Masukkan pokok ini ke dalam pasu dan dihiasi dengan pokok renek lain , jika suka ... atau boleh jugak letakkan batu...


AKHIRNYA ....... TARANG... SIAP DAH KAN POKOK MANIK BONSAI NI....

SILA CUBA , PASTI ANDA SUKA...PASTI BOLEH....


Pokok manik bonsai , bunga kecil dan daun



Fokus pada batang pokok ini , anda perlu cantumkan kesemua dawai dahulu, then baru follow step yang saya berikan. selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Tutorial