Wednesday, December 28, 2011

Pokok Manik Bonsai .... Kecil Molek Comel

Hari ni, saya rasa free sikit bilamana banyak kerja dah berjaya disiapkan dan maknanya 'rest'... jadi saya mengambil kesempatan untuk mengupload beberapa pokok manik bonsai yang comel-comel dari segi bunga, rekaan dan juga saiznya ..... maksudnya kecil dan comel. Saya rasanya mungkin sesuai bagi sesiapa yang mula berjinak2 nak buat pokok manik bonsai ni kan, sebab kalau nak mula, mulakan dengan yang kecil dulu , lepas tu bila dah ok, boleh buat yang besar kan.... untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan sehobi. Saya jugak baru je selesai mengajar beberapa sahabat untuk buat pokok manik ni, nanti saya uploadkan hasil yang dibuat , pokok dah siap tapi belum ditanam dan dipasukan. Cuba yang ni plak....comel tak?

MACAM MANA NAK BUAT NI?....... NAK CUBA.. FOLLOW THIS STEP, INSYAALLAH BOLEH :-

1. Gunakan teknik asas manik bonsai.
2. Buat secara ranting ( buat sampai 10 ranting)
3. kemudian cantum ranting ( letakkkan kesemua ranting sekali gus dan buat lilitan dengan dawai ).
4. Siap.. hias dan masukkan dalam pasu..
5. Dah siapkan....

Saiz : kecil je.. sesuai diletakkan atas meja sebagai penyendal kertas/ buku...untuk hadiah b day kat kawan2 pun boleh gak....



comel.... letakkan reben untuk mencantikkan pasu yang kosong tu...

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Tutorial