Tuesday, November 27, 2012

Pokok Manik Rimbunan Purple

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.... terima  kasih kepada peminat pokok manik yang pernah membeli bahan-bahan manik dengan saya selama ini. kali ini saya nak share lagi pokok manik yang baru sahaja saya siapkan dan dah pun dijual kepada seorang pelanggan dari sungai petani...

permintaannya ialah nak yang merimbun.. so jadi cam gini le...


YANG NI MASIH BELUM DITANAM 

YANG INI DAH SIAP DITANAM DAN SEDIA UNTUK DIJUAL

HARGA RM 95.00

Monday, November 5, 2012

Pokok Manik Vintage

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua pengunjung blog... mmmm harini alhamdulilah dah pun sihat kembali dan mneruskan xtvt yang dah banyak hari tertungggak tu... harini rasanya tak nak tulis panjang2 cuma nak share lagi pokok manik yang lain dengan semua rakan sehobi ni...

pokok manik bonsai ala-ala vintage ni ramai sangat yang suka... semua pakai manik jenis kristal... menggunakan teknik yang basic sahaja... jom layan je dan selamat mencuba...


Ini adalah pokoknya

Harga Jualan : RM180.00


closed up ranting

ni pun closed up jugak


bahagian sisi


ini pun bahagian sisi

Tuesday, October 30, 2012

Pokok Manik Orkid Oren dan Merah

Assalammualaikum dan salam sejahtera... mmmmm.... arini dapat satu call daripada seseorang yang berada jauh diperantauan yang berminat dengan pokok manik ni... emmmm.. sungguh rasa terharu plak bila mana dapat tahu ramai yang suka ngan pokok manik ni.. terima kasih pada semua, Insyaallah saya akan kongsikan apa yang saya tahu.... yang saya tahu ni sikit je.. di luar sana ramai lagi yang lebih pandai daripada saya...

kepada adik yang call saya daripada australia tu, terima kasih sebab suka ngan hasil kerjatangan saya ni... jadi petang ni nak share ape ye... saya ni tak sihat ni, dah 2 hari demam tapi tak ambik mc pun sebab banyak dateline kat ofis ni.... nak kena siap sebelum cuti.. bila demam ni, slow jugak nak wat bunga baru ni.. tapi hampir siap dah...( bunga baru tu bunga daisy dan bunga kertas.. tunggu)

Petang ni saya sharekan bersama pokok manik orkid... memanjang bentuknya...senang je nak buat .. pakai manik kecil sahaja...senang buat tapi rumitnya sebab 1 kuntum kena ada 5 kelopak.. satu pokok ada 21 kuntum bunga tu.... saya buat menegak tapi kalau kita buat melingkar pun nampak real orkid atau kita buat melintang pun cun gak... ikut citarasa kita noh....selamat menjamu mata...


harga jualan : RM150.00

bentuk pokok orkid ni.. saya buat meninggi cam ni tapi kalau buat melintang pun cantik jugak tau...


ni warna unggu...purple pun ok


ni pon purple


ni warna oren dan merah

yang ni plak oren dan koko

Bunga Manik comel.. free gift

Assalammualaikum dan selamat menyambut hari raya qurban... Hari ni , saya telah poskan dawai dan daun untuk seorang customer di pantai timur, mulanya nak poskan pada hari khamis lepas tapi ta sempat sebab sibuk .... esok kan raya.. jadi nak poskan semalam plak, ada hal .. so tengahari je dapat diposkan... harap customer  ni sabar menunggu barangannya...


ini adalah barangan yang dipesan ( dawai dan daun je).. bunga ni free gift le... bunga ni saya menggunakan dawai daripada material yang sama, dawai yang saya jual tu





closed up bunga comel... kalau letakkan banyak.. gubahan memanjang .. memang cantik... saya tengah buat ni... tunggu


pos kan..

harap sabar menunggu ye

Tuesday, October 23, 2012

Pokok Cherry Kembar

Assalammuaalaikum.. selamat pagi.. hari ni saya dah siapkan sepasang pokok manik cherry yang ditempah oleh seorang customer daripada Kangar, Perlis... Kak Moni minta buat sepasang.. baru je selesai bagi kat kak Moni.. tak sabaq nak letakkan kat rak rumah dia....

Lepas tengok sepasang pokok ni, kak moni nak tempah lagi sepasang plak... ok je tapi saya nak siapkan tempahan kak munirah dulu.... sempat sebab nak pada bulan November nanti...

Disamping tu , saya juga dalam menyiapkan gubahan bunga baru... tunggu kemunculannya...

Selamat menjau mata ye...



Harga Jualan : RM40.00 / sepasu
 

Sunday, October 21, 2012

Pokok Manik Hitam Putih

Assalammualaikum... selamat pagi semua... semoga pagi ni kita dapat memulakan tugas/ kerja harian/ apa saja xtvt dengan penuh keberkatan... emmmm, pagi ni, rasanya nak share sikit dengan semua pokok bonsai warna hitam, putih dan merah...

Kadang kadang bila nak design pokok ni... apa yang memeningkan kepala ialah warnanya... asyik2warna merah, pink, purple je.. dan warna yang telah direquest oleh customer. tapi pokok ni saya buat mengikut kehendak dan citarasasendiri sebab semuanya bukan sahaja dibuat bila ada permintaan sahaja tapi saya buat untuk jualan.

Bunga hitam, putih dan merah ni saya siapkan 2 bulan yang lalu, dan diletakkan dibahagian depan rak, dan ada customer yang berkenaan ... so dah pun dijual. customer ni kata nak yang unik sikit... dan sangat gemar warna hitam dan putih...

oleh itu, pokok manik ni sesuai dengan apa warna pun asalkan kita rasa suka/ happy... tu yang pentingkan...

so.. layan je..

Method : basic je.. cuma ranting tu saya buat 3 cabang je...


pokok ni saiz comel je.. saya buat...

Harga Jualan : RM 50.00
 


closed up sikit ranting tu.. saya gunakan manik bulat je

Thursday, October 18, 2012

DAWAI CUSTOMER DAN FREE GIFT.. BUNGA KEMBANG

Assalammualaikum, selamat petang ... arini saya poskan dawai gold dan silver kepada seorang customer... akak ni beli dawai gold dan silver..... jadi selalunya saya akan bagi extra dawai je... senang nak kira... dan saya juga ada sertakan bunga manik yang saya buat menggunakan material dawai yang saya jualkan tu jugak untuk customer ni...

kepada sesiapa yang berminat, bolehlah beli dawai ngan saya....

layan je lah...


dawai silver dan gold 


ni barang yang ready nak poskan


ini adalah bunga yang saya baru buat.. gabungan dengan daun.. daun ni pun ada jual jugak..
kalau buat banyak kuntum dan cantumkan... pun ok gak ni...


pandangan sisi.. sepenuhnya menggunakan dawai yang saya jual tu....


untuk akak yang beli dawai ngan saya ni.... sabar menunggu ye kak.. sebab baru poskan arini...


ready nak pos... kat post office ni


ha.... dah masuk pun... tunggu

Wednesday, October 17, 2012

Pokok Manik Peach , Green Stone

Assalammualaikum semua, hai... hari ini saya nak tunjukkan / nak share gitu pokok manik bonsai warna peach dan juga daun green stone lah.. dawai warna coklat... rasanya oklag kan.. teknik berbeza sikit daripada teknik cherry tu... kalau yang dah biasa buat, mungkin sekejab dah pandai dah...

bahan-bahan nya :-

1 paket besar daun stone : RM 14.00
2 paket manik ( warna merah dan peach) RM 14.00
1 ikat dawai ( akan lebih nanti) " RM 8.00
Pasu : RM 7.00

Jumlah : RM 43.00
Kalau tak nak pasu pun takpe so harga RM 36.00


Harga Jualan RM 60.00

 
 

 Closed up sikit, hanya menggunakan 4 biji manik bagi setiap bunga tu

Yang ini pun menggunakan teknik yang sama tapi yang ni pokok/rantingnya sikit .... saiz kecil sikit so harga pun murah sikit RM 35.00
 

Tuesday, October 16, 2012

Pokok Manik Cherry Hijau... All Green

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog yang tak jemu2 dengan pokok manik bonsai ni.... maaf , ampun, sorry.. tui pu chi.. sebab dah lama tak post apa2 berkenaan dengan pokok manik bonsai ni... bukannya saya menyepi masih lagi aktif dengan manik cuma tak berkesempatan nak update je.... plus line pulak slow plus malas sama kut...

Alhamdulilah dikesempatan ini, saya nak share sikit saja passai pokok manik cherry yang cute ni .. tempahan oleh seseorang sebagai hadiah kenangan / perpisahan.. walaupun dah lama dah pokok ni dibuat tapi hanya untuk share sahaja... 

Dalam masa yang sama jugak, ramai yang bertanyakan saya berkenaan bagaimana kita nak tanamkan pokok manik ini dengan baik... sebenarnya ada pelbagai kaedah/ method yang boleh digunakan tetapi saya punya cara tanam dengan simen je.. ada yang tanya simen jenis apa? saya gunakan simen biasa yang warna kelabu tu yang digunakan untuk buat rumah tu je.. walaubagaimanapun, bagi yang suka/ nak nampak lebih cantik boleh gunakan simen warna selalunya warna putih.... tapi saya simenkan dengan simen biasa kemudian letakkan batu -batu kecil samada yang warna putih atau berwarna atau rumput tiruan pun ok gak kan.

Tanam macam biasa je... saya dah ada pic step by step nak tanam pokok, nanti saya cuba3x  upload untuk kita sama-sama kongsi ilmu ye..

kepada sesiapa yang telah sms atau mengubungi saya melalui no. fon lama tu saya dah tukar no. fon yang baru sebab telefon saya hilang. so saya dah letakkan no fon yang baru diatas banner blog ni...harap maaf.

selamat menjamu... mata..

Pokok ni basic sekali dan paling mudah dibuat dan banyak permintaan. ( yang ni pun saya ada step untuk buat , insyaallah saya akan cuba3x uploadkan)

Harga : RM 40.00






Monday, June 4, 2012

POKOK MANIK BONSAI SAKURA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua peminat pokok manik bonsai ni... lama rasanya tak update blog ni dan sememangnya ada pokok manik  yang baru buat tatapan semua.. kesibukan adalah diatas sebab yang tidak dapat dielakkan bila mana anak demam dan cuti seminggu jaga anak then balik ofis lepas cuti.. apa lagi kerja bertimbun... so sekarang dah ok... jadi nak share pokok manik yang sweet ni..

LAYAN...


HARGA JUALAN : RM150.00


CLOSED UP.. SANGAT CANTIK DAN COMEL


WARNA LEMBUT

Monday, May 14, 2012

Lagi.. pokok manik comel untuk Hari Guru

Berikut adalah pokok manik comel untuk Hari Guru dan Hari ibu... permintaan daripada pelajar sekolah.. comel , cantik dan murah....


RM 10.00


RM 10.00


RM 5.00


RM 10.00 setiap satu...

Pokok Manik Cheerry Ana

Salam semua, kali ni nak share pokok cheerry Ana yang dah siap.. sepertimana yang diminta... pokok cherry ni memang sangat comel dan agak tinggi permintaannya...

yang paling penting mudah sahaja.. jika anda pertama kali nak buat.. cuba dengan pokok cherry ni dulu sebab ianya mudah, cepat dan menarik...boleh jugak kalau nak tukar manik cherry ke warna yang lainnya...warna hijau pun cantik juga.. nanti kita upload ye..


HARGA : RM 45.00 ( DENGAN PASU)
HARGA : RM40.00 ( TANPA PASU)


POKOK CHERRY


CLOSED UP CHERRY DAN DAUN...

Pokok Manik Lavender sempena Hari Ibu

POKOK MANIK LAVENDER SEMPENA HARI IBU...

Salam, masih lagi dengan pokok manik lavender tapi yang ini saiz sederhana besar dan sesuai untuk dijadikan hadiah sempena Hari Ibu.... pokok ni adalah pokok design yang paling baru.... gabungan warna pink dan purple.... harga yang berpapatutan dan mampu milik....sebaik sahaja siap, Kak Som daripada Seberang Jaya terus saja beli pokok lavender ni sebab katanya 'dah berkenan'... jadi dah dijual pada Kak Som, semoga Kak Som suka dan happy.. thank you kak som...


HARGA : RM 75.00 ( DENGAN PASU)
HARGA : RM70.00 ( TANPA PASU)



closed up pada bunga nya


closed up pada bunga , daun dan batang pokok manik ini.

Saturday, May 12, 2012

Pokok Manik Lavender comel sempena Hari Guru

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ni dan yang sudi untuk berkongsi ilmu dan hobi ngan saya ni. dah lama rasanya tak update blog ni, sebenarnya sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan kerja2 kat ofis yang bertimbun2 tu... namun pokok manik tetap juga menjadi terapi hati... Hari Guru dan Hari Ibu dah tak lama lagi, jadi projek banyak tertumpu kepada hari ibu dan Hari Guru pada bulan Mei nanti kan... disini saya ada buat beberapa sample yang mampu dimiliki oleh semua untuk dijadikan hadiah untuk ibu dan guru masing2....

Harga : RM 12.00


Tempahan oleh adik2 /pelajar sekolah untuk Hari Guru.... RM 12.00 setiap satu

Tutorial