Tuesday, February 28, 2012

Pokok Manik Bonsai .... Merah Comel

Salam dan selamat petang.. hari ini cukup busy dengan kerja-kerja kat ofis... tambahan pulak bilamana nak setup sistem baru... letihnya bukan calang-calang.. tapi apa yang best hari ni, saya dapat berjumpa dengan seorang kawan yang sehobi ngan saya masa lunch time hari ni... Kak Ina namanya... tapi kak Ina expert dalam membuat aksesori wanita dan memang pandai buat macam-macam aksesori le.. cam gelang  tangan, kerongsang dan pelbagai lagilah.. saya pun suka jugak tapi tak reti nak buat, so planning lah nak join kiranya kak Ina ada buat kelas nanti... nak belajar, dapat buat gelang sendiri pun dah kira best gak kan.... sebenarnya, Kak Ina ni pun pandai jugak buat pokok manik macam ni, so bertukar-tukarlah cerita masing-masing.. rupanya, syok kan bila dpt jumpa kawan baru yang sehobi ngan kita..lagi best, saya dapat payung comel warna purple.. tima kasih Kak Ina... nanti bila saya buat gelang manik kristal, saya akan uploadkan disini....

Jadi, hari ni nak uploadkan gambar bunga manik merah ni... di pesan oleh Cik Farah, lecturer kat Unimap... so dia memang suka.. TQVM Farrah Salwa...

LAYAN....



Harga Jualan RM 40.00

saiz kecil je sebab farrah nak letak atas meja kat ofisnya..



closed up sikit bunganya..

Tak susah pun.. senang je.. cuba sendiri...

Monday, February 27, 2012

POKOK MANIK BONSAI.. HIJAU

Salam semua.. kali nak share something about pokok manik bonsai .. hijau.. 2 tone colour... yang ni konsepnya memang pokok berdaun sahaja.. maknanya tak dak bungalah.... saya suka3x pokok ni sebab nampak cam pokok manik bonsai yang real...macam batu jed pun ada gak.. suke3x......sebab dahannya jugak dibuat dengan dawai coklat... oklah jangan lupa layan je...line tenet ni tak ok.. esok saya try letak pic closed up sikit...

Pokok ini memerkuan 73 ranting dan 14 batang dawai untuk dahanya tu.. so cuba tengok.. basic teknik je.. tapi gubahannya tu je yang lain sikit...

TARA....




Harga Jualan RM 180.00



closed up dekat sikit... orang kata macam jed je...



closed up batang pokok manik ni...


SELAMAT MENCUBA

Thursday, February 23, 2012

POKOK MANIK BONSAI .. MERAH PUTIH

Salam... nak share something.. yang dah siap... Pokok Manik Bonsai Merah Putih.. Daunnya merah.. selalunya hijau, saya letakkan merah dan plus bunga sakura.. teknik yang mudah dan senang juga dibuat.. dahan tidak dicantum menggunakan teknik lilitan tetapi gabungan...

LAYAN..


Harga Jualan RM 150.00



selamat mencuba

Thursday, February 16, 2012

Tutorial Buah Anggur

NAK BUAT NI.... FoLLOW le...


HARGA JUALAN : RM 90.00
( SET MANIK ADA DIJUAL)


Salam... hari ini saya cuba letakkan tutorial berkenaan buah anggur sepertimana yang diminta oleh peminat pokok manik bonsai ini... tapi jangan lah keliru ye... ini je yang dapat saya buat... semoga semua faham...


Langkah 1 : dawai 1/2 mesti ada 3. ( maknanya 1 batang dawai tu potong 2 dan tambah lagi 1/2 dawailah)


Langkah 2 : mesti ada 4 saiz manik iaitu seperti gambar di atas ( kalau nak beli, saya ada 3 set manik ni untuk dijual : 1 set boleh buat 8-9 gugusan anggur)

Dari  kiri gambar ye :-
No. 1 Manik kecil
No.2 : Manik sederhana
No.3 : Manik besar
No.4 : Manik sangat besar


Langkah 3 : masukkan manik yang sederhana No.2


Langkah 4 : tarik 2 dawai ke atas , 2 dawai ke kiri dan 2 dawai ke kanan.. buat macam gambar ni ye.


Langkah 5 : pada dawai yang ada manik tadi , cantumkan dawai dan masukkan 1 manik, manakala 4 dawai lagi masukkan setiap satu dawai dengan 1 manik ( semua menggunakan manik No.2 dan total manik ialah 6 biji)



Langkah 6 : apabila dah masukkan manik no.2 , cantumkan dawai antara kiri dan kanan dan masukkan manik kecil No.1 ... semuanya 3 manik kecil sahaja.


Langkah 7 : tarik tegang.... prosesnya sama sahaja...


Langkah 8 : cara nak masukkan manik No.1 dan cantumkan dawai kiri kanan pada setiap layer


Langkah 9: saya dah masukkan manik no.3 ( 2 layer)


Langkah 10: buat macam gambar ni.



Langkah 11: sama je macam langkah sebelum ni.

Langkah 12 : masukkan manik No. 4 .. yang ni satu layer sahajalah ( 6 biji semuanya)


Langkah 13 : dah siapkan , tarik kuat dan masukkan manik no.1 pada dawai yang dicantum dua.. jadi ada 3 biji manik no.1 sahaja.


Langkah 14 : tarik kuat dan ambil 1 dawai daripada setiap bahagian tu .. iaitu 3 dawai , naik kan ke atas.

Langkah 15 : pusing 3 kali...kemudian turunkan 1 dawai, tinggalkan 2 dawai sahaja di bahagian atas.


Langkah 16 : jadi ada baki 4 dawai lagi.. untuk jadikan 'curl' macam ni kan... buat macam gambar


Langkah 17 : ha.. dah siapkan...

Ok... untuk buat ni... RUMUSANNYA.....
 Bermula dengan manik No.2.. 1 biji... kemudian tambah 5 biji ( so dasar 6 biji manik no.2)
Seterusnya pengikat manik2 anatara layer ialah manik No.1 tadi.. mesti ada 3 biji setiap layer.
Kemudian masukkan lagi manik No.2 untuk 2nd layer.. pengikat manik No.1
Kemudian masukkan pulak manik No.3 untuk 3rd layer.. pengikat manik No.1
Kemudian masukkan pulak manik No.3 untuk 4th layer ... pengikat manik no.1
Kemudian masukkan pulak manik No.4 untuk 5th layer .... pengikat manik no.1
lastly masukkan manik pengikat No.1
kemudian .... pusingkan dawai sebanyak 3 kali.
Buatkan 'curl' kat dawai tu..
Habis siap...


SELAMAT MENCUBA....



Wednesday, February 15, 2012

Update Status ...Projek Baru.... Merah Putih

Salam, hari ni cuma nak update status je... nak bagi tau disini untuk tutorial cornation tu , untul 1st layer kena ada 3 manik panjang, begitulah pada setiap layernya dan total up semua 9 manik panjang sahaja yang digunapakai. Kepada sesiapa yang terkeliru tu bolehlah sms ke, tinggalkan comment ke.. insyaallah saya akan jawab.. tak dak masalah pun.

nak share, nak tunjukkan , projek baru pokok manik bonsai... merah putih pink ni... ni pokok manik patern yang terkini le kiranya... nak buat senang je.. cuma buat bunga dia macam sakura style dan daun tu daun stone je...nanti siap saya upload len ye..



layan ....


ini lah pokoknya..... daun nya merah... dah siapkan 4 batang, tinggal 1 batang  lagi


keseluruhan ada 5 batang , tiap satu batang ada 9 ranting, so semua sekali 45 ranting.

Set manik ini pun ada dijual, nak beli ???? sms 013-4089608 @ tinggalkan komen anda disini , pun boleh je... atau ke facebook ..http://www.facebook.com/pages/Pokok-Manik-Cik-Su/250769518295180

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, February 14, 2012

Pokok Manik Bonsai .. Orkid Berdarah( Anaconda)

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semalam saya dah post kan tutorial berkenaan bunga cornation dan saya harap boleh follow dan fahamlah ya.. Hari ni , saya nak uploadkan gambar pokok manik bonsai Orkid Berdarah macam crita Anaconda tu... actually, housemate saya si Ami tu yang nak bagi nama ni... sebab bunganya sangat merah. dan untuk pengetahuan rakan2 semua, pokok ni lah yang paling senang nak buat sebab caranya memang senang sahaja. oklah , apa2 pun , just layan je...

berminat nak buat sendiri , set ini pun ada dijual jugak.....beritahu saya dan saya akan maklumkan harga set tu ye.....sangat  mudah dan senang.. Hasilnya mengancam... pokoknya saiz besar.


Layan.......


ini lah pokok nya

HARGA JUALAN : RM 350.00




SELAMAT MENCUBA

Monday, February 13, 2012

Tutorial Bunga Cornation

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.. Hari ni saya nak uploadkan sebahagian pic tutorial untuk bunga cornation. bunga ni stap dia rumit sikit dan bimbang jika tidak dapat faham. Tapi ini , yang saya boleh buat dan harap sesiapa yang berminat boleh follow. Step ini sebenarnya berulang-ulang sahaja. Ok, untuk step anggur, nanti saya uploadkan lagi 2-3 hari ye. Harap bersabar kepada sesiapa yang berminat ye. Maaf kalau penerangan kurang jelas.


Pertama :  mesti ada 3 jenis manik yang perlu digunakan bersama dengan tali tangsi ( kepanjangan  ikut dawai gold tu) warna boleh tukar ikut suka anda, warna kegemaran


Ke-2 : masukkan manik pink gelap, manik panjang, manik pink gelap dan panjang dan melalui tali tangsi , macam dalam gambar ni.


ke-3 : masukkan sebiji manik pink gelap di kiri dan kanan ( kedua-dua belah) tali tangsi dan tarik tegang.


Ke -4: buat macam dalam gambar ni.

ke-5 : masukkan tali tangsi ke dalam manik panjang dan terus tarik tegang

ke-6 : masukkan tali tangsi ke dalam manik pink gelap dan tarik tegang

ke-7 : inilah hasilnya untuk layer yang pertama, tarik tali tangsi tersebut dengan kuat

ke-8 : masukkan 1 manik panjang, 3 manik pink cerah dan 1 manik panjang, macam gambar atas.


ke-9 : tarik tali tangsi melalui manik panjang tadi

ke-10 : tali tangsi daripada manik panjang mesti melalui manik pink gelap, kemudian tarik

ke-11 : ulangi langkah dan pastikan hanya 3 manik panjang sahaja.


ke-12 : bila dah cukup 3 kali manik panjang tu , masukkan tali tangsi melalui manik panjang dan akhirkan di manik pink gelap pulak, buat macam ganbar ni, then tarik.

ke-13 : kemudian terbalikkan ke dalam macam ni dan tarik kuat tali tangsi tu


ke-14 : sama macam step sebelum ni , tapi masukkan 1 manik panjang, 4 manik pink cerah dan 1 manik panjang dan buat macam gambar ni

ke-15 : ulangi langkah dan makesure semua manik panjang hanya ada 3 sahaja dan akhirnya , ikat dengan kuat 2 @ 3 kali.


ke-16 : makesure jadi cam ni dan terus terbalikkan ke atas dan melitupi bahagian pertama tadi.



ke-17 : bila siap terbalikkan , baru jadi macam ni.. dah pun siap kan


ke-18 : yang ni bahagian belakang bunga cornation tu



Yang ni gambar bunga cornation yang saya siapkan selama nak buat pic tutorial.. siap 5 kuntum tu


SELAMAT MENCUBA

Tutorial