Thursday, February 2, 2012

Pokok Manik Bonsai.. Biru Putih



Harga jualan RM 90.00 
( juga turut sediakan set untuk pokok ini )

Salam semua dan selamat pagi... selamat pagi jumaat... entry kali ni nak share sesuatu dengan semua pengunjung blog akudanmanik... saya nak tunjukkan bagaimana saya membentuk dahan dan akhirnya membentuk pokok bunga manik ni.. sebab nak buat ranting semuanya dah pandai, so nak buat pokok je yang tinggal... saya bukannya pandai sangat nak bentuk pokok ni, tapi kalau nak kongsi tips boleh je.. dan mungkin ada pengunjung blog yang lagi pandai membentuk pokok, so just kongsikan...

Untuk membentuk satu pokok ini , asasnya kita kena pastikan pokok macam mana yang kita nak.. samaada menegak, melintang, ketinggiannya, 2 layer, 3 layer dan sebagainya. Untuk pokok manik biru putih ni, ianya secara melintang dan bilangan ranting dan manik pun banyak sebenarnya walaupun nampak pokok ni saiz kecil sebab saya menggunakan saiz manik yang lebih kecil.

Ok.... Ranting keseluruhan pokok ini ialah :
53 ranting ... banyak kan..

cara susunaturnya seperti berikut :




Mesti ada 7 dahan besar ni.... 1 untuk tengah ( yang dah bentuk), 4 untuk sisi, 2 untuk sisi tepi


untuk bahagian tengah.. mesti ada 15 ranting yang dicantumkan dan dibentuk


yang ini untuk bahagian sisi tepi iaitu 2 dahan ( setiap satu ada 9 ranting) so jadi 18 ranting untuk 2 dahan


yang ini pulak 4 dahan besar di bahagian sisi kiri dan kanan , setiap dahan ada 5 ranting, so semuanya 5x4 = 20 ranting.


bila dah siap, bentukkan macam ni.. patahkan ke bawah dengan jarak 1 inci je..




akhir sekali gabungkan semua sekali... mulai tengah, seterusnya kiri kanan ( yang 4 dahan) then sisi kiri dan kanan dengan dahan yang ada 9 ranting tu .. supaya membentuk panjang.

SELAMAT MENCUBA...


No comments:

Post a Comment

Tutorial