Sunday, February 12, 2012

Pokok Manik Bonsai ... Purple , Pink, Hijau... TRIO 3 Warna

Assalammualaikum, dan salam satu malaysia... cuaca hari ni nampak mendung sikit , muram sikit di kawasan kejiranan saya... Kangar Perlis... nampak cam nak hujan tapi harap-harap takleh hujan... bila hujan, pergerakkan pun agak terbatas tapi kalau hari cuti hujan, syok sikit... lena panjang...

ok... hari ni nak share entry mengenai pokok manik bonsai TRIO 3 warna ni.. ramai yang tanya dan ramai jugak yang berminat. Untuk membuat pokok manik ini masih lagi menggunakan teknik asas yang sama cuma saya gantikan dengan atasnya tu dengan manik bentuk daun ( stone) itu sahaja.

Jumlah ranting yang diperlukan ialah sebanyak 135 ranting dan menghasilkan 7 dahan besar.
Dahan tengah : 21 ranting dengan jarak 1/2 inci.( 1x)
Dahan sisi : 14 ranting dengan jarak 1 inci ( 4x)
Dahan sisi panjang : 29 ranting dengan jarak 1 inci ( 2x)

Pokok manik ni memang bersaiz besar dan agak berat. Untuk membuat pokok macam ni daripada A to Z mengambil masa lebih kurang 2 minggu sahaja.

Sekiranya berminat untuk buat sendiri , boleh order set manik ni daripada saya atau yang berada berhampiran boleh datang belajar ngan saya je.




Harga Jualan RM 280.00




SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment

Tutorial