Thursday, February 16, 2012

Tutorial Buah Anggur

NAK BUAT NI.... FoLLOW le...


HARGA JUALAN : RM 90.00
( SET MANIK ADA DIJUAL)


Salam... hari ini saya cuba letakkan tutorial berkenaan buah anggur sepertimana yang diminta oleh peminat pokok manik bonsai ini... tapi jangan lah keliru ye... ini je yang dapat saya buat... semoga semua faham...


Langkah 1 : dawai 1/2 mesti ada 3. ( maknanya 1 batang dawai tu potong 2 dan tambah lagi 1/2 dawailah)


Langkah 2 : mesti ada 4 saiz manik iaitu seperti gambar di atas ( kalau nak beli, saya ada 3 set manik ni untuk dijual : 1 set boleh buat 8-9 gugusan anggur)

Dari  kiri gambar ye :-
No. 1 Manik kecil
No.2 : Manik sederhana
No.3 : Manik besar
No.4 : Manik sangat besar


Langkah 3 : masukkan manik yang sederhana No.2


Langkah 4 : tarik 2 dawai ke atas , 2 dawai ke kiri dan 2 dawai ke kanan.. buat macam gambar ni ye.


Langkah 5 : pada dawai yang ada manik tadi , cantumkan dawai dan masukkan 1 manik, manakala 4 dawai lagi masukkan setiap satu dawai dengan 1 manik ( semua menggunakan manik No.2 dan total manik ialah 6 biji)



Langkah 6 : apabila dah masukkan manik no.2 , cantumkan dawai antara kiri dan kanan dan masukkan manik kecil No.1 ... semuanya 3 manik kecil sahaja.


Langkah 7 : tarik tegang.... prosesnya sama sahaja...


Langkah 8 : cara nak masukkan manik No.1 dan cantumkan dawai kiri kanan pada setiap layer


Langkah 9: saya dah masukkan manik no.3 ( 2 layer)


Langkah 10: buat macam gambar ni.



Langkah 11: sama je macam langkah sebelum ni.

Langkah 12 : masukkan manik No. 4 .. yang ni satu layer sahajalah ( 6 biji semuanya)


Langkah 13 : dah siapkan , tarik kuat dan masukkan manik no.1 pada dawai yang dicantum dua.. jadi ada 3 biji manik no.1 sahaja.


Langkah 14 : tarik kuat dan ambil 1 dawai daripada setiap bahagian tu .. iaitu 3 dawai , naik kan ke atas.

Langkah 15 : pusing 3 kali...kemudian turunkan 1 dawai, tinggalkan 2 dawai sahaja di bahagian atas.


Langkah 16 : jadi ada baki 4 dawai lagi.. untuk jadikan 'curl' macam ni kan... buat macam gambar


Langkah 17 : ha.. dah siapkan...

Ok... untuk buat ni... RUMUSANNYA.....
 Bermula dengan manik No.2.. 1 biji... kemudian tambah 5 biji ( so dasar 6 biji manik no.2)
Seterusnya pengikat manik2 anatara layer ialah manik No.1 tadi.. mesti ada 3 biji setiap layer.
Kemudian masukkan lagi manik No.2 untuk 2nd layer.. pengikat manik No.1
Kemudian masukkan pulak manik No.3 untuk 3rd layer.. pengikat manik No.1
Kemudian masukkan pulak manik No.3 untuk 4th layer ... pengikat manik no.1
Kemudian masukkan pulak manik No.4 untuk 5th layer .... pengikat manik no.1
lastly masukkan manik pengikat No.1
kemudian .... pusingkan dawai sebanyak 3 kali.
Buatkan 'curl' kat dawai tu..
Habis siap...


SELAMAT MENCUBA....



5 comments:

  1. Ka nak tanya ckt kalau kita buat buah anggur dng mengunakan satu saiz manik aje bolehke?

    ReplyDelete
  2. kalau nak buat dengan 1 jenis manik pun ok, tapi bentuk dia akan menjadi panjang dan tak nampak macam gugusan.. kalau bole buat gunakan 2 jenis manik, so ianya akan lebih cantik dan nampak cam anggur...

    ReplyDelete
  3. SALAM akak..set manik anggur nie berapa?yg nk buat sendri..bolh sy thu hrga?

    ReplyDelete
  4. akk nak order manik nie utk satu set brapa???

    ReplyDelete
  5. Sy nak buat lavender...ttpi x cukup bahan...iaitu kelopak akhir x ada stok...ada x dtok utk kelopak atau tampok bunga tu

    ReplyDelete

Tutorial