Monday, February 13, 2012

Tutorial Bunga Cornation

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.. Hari ni saya nak uploadkan sebahagian pic tutorial untuk bunga cornation. bunga ni stap dia rumit sikit dan bimbang jika tidak dapat faham. Tapi ini , yang saya boleh buat dan harap sesiapa yang berminat boleh follow. Step ini sebenarnya berulang-ulang sahaja. Ok, untuk step anggur, nanti saya uploadkan lagi 2-3 hari ye. Harap bersabar kepada sesiapa yang berminat ye. Maaf kalau penerangan kurang jelas.


Pertama :  mesti ada 3 jenis manik yang perlu digunakan bersama dengan tali tangsi ( kepanjangan  ikut dawai gold tu) warna boleh tukar ikut suka anda, warna kegemaran


Ke-2 : masukkan manik pink gelap, manik panjang, manik pink gelap dan panjang dan melalui tali tangsi , macam dalam gambar ni.


ke-3 : masukkan sebiji manik pink gelap di kiri dan kanan ( kedua-dua belah) tali tangsi dan tarik tegang.


Ke -4: buat macam dalam gambar ni.

ke-5 : masukkan tali tangsi ke dalam manik panjang dan terus tarik tegang

ke-6 : masukkan tali tangsi ke dalam manik pink gelap dan tarik tegang

ke-7 : inilah hasilnya untuk layer yang pertama, tarik tali tangsi tersebut dengan kuat

ke-8 : masukkan 1 manik panjang, 3 manik pink cerah dan 1 manik panjang, macam gambar atas.


ke-9 : tarik tali tangsi melalui manik panjang tadi

ke-10 : tali tangsi daripada manik panjang mesti melalui manik pink gelap, kemudian tarik

ke-11 : ulangi langkah dan pastikan hanya 3 manik panjang sahaja.


ke-12 : bila dah cukup 3 kali manik panjang tu , masukkan tali tangsi melalui manik panjang dan akhirkan di manik pink gelap pulak, buat macam ganbar ni, then tarik.

ke-13 : kemudian terbalikkan ke dalam macam ni dan tarik kuat tali tangsi tu


ke-14 : sama macam step sebelum ni , tapi masukkan 1 manik panjang, 4 manik pink cerah dan 1 manik panjang dan buat macam gambar ni

ke-15 : ulangi langkah dan makesure semua manik panjang hanya ada 3 sahaja dan akhirnya , ikat dengan kuat 2 @ 3 kali.


ke-16 : makesure jadi cam ni dan terus terbalikkan ke atas dan melitupi bahagian pertama tadi.



ke-17 : bila siap terbalikkan , baru jadi macam ni.. dah pun siap kan


ke-18 : yang ni bahagian belakang bunga cornation tu



Yang ni gambar bunga cornation yang saya siapkan selama nak buat pic tutorial.. siap 5 kuntum tu


SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. Salam kak...saya dh try...tp step 13 smpi abes tu x braper paham la....bley terangkan x?thanks....dh jdi...tp buruk, x kemas, n x ketat...kejap2 terbuka blek...help me... :(

    ReplyDelete

Tutorial