Wednesday, March 28, 2012

Update blog dengan Info Baru.... Buku Manual Manik & Kelas Manik

Assalammualaikum... semoga semua sihat , alhamdulilah... hari ni rasanya ada nak share something tapi sebabnya saya update blog dekat tempat kursus.. dijadualkan kursus bermula jam 8:30 pagi tapi tetiba urusetia inform kursus akan bermula jam 9:15 pagi pulak diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... so ramai peserta yang pergi breakfast dekat gerai berhampiran sebab makan & minum tak disediakan. Hari ini saya kursus HRMIS di PKD Simpang Empat, Perlis dari pagi sampai tengahari ni.. so layan tenet dululah sebelum kursus mula...

ok...stop dulu pasai kursus2 ni.. apa yang penting pasal manik dan pokok manik bonsai ni... ramai yang sms bertanyakan kepada saya mengenai cara-cara bagaimana nak buat pokok manik ni kan.. nak cerita panjang lebar , ada yang tak boleh gambarkan kerana ada yang tak pernah langsung buat pokok manik kan..

Oleh yang demikian, saya buat beberapa tutorial untuk kawan2 semua pelajari sebagaimana yang pernah saya buat sebelum2 ni.. namun yang demikian, masih ada jugak yang request ngan saya nak e-book dan kelas.

So.... saya memang tengah planning akan buat manual/buku untuk semua jenis pokok manik yang saya buat .. apabila siap , saya akan update di blog.... untuk memudahkan semua peminat pokok manik bonsai yang nak cuba sendiri.

Bagi yang nak attend kelas ke... cam tu... buat masa ni , saya bagi kelas kepada sesiapa yang berada di kawasan berdekatan dengan yuran yang berpatutanlah.. maknanya hadir ke rumah saya dan saya akan ajar dari A-Z, sampai tanam pokok... dan beberapa teknik lain. Bagi kelas yang secara berkumpulan pulak, jika anda berminat boleh bagitau saya... boleh bincang....

Saya rasa hari ni , itu sahaja yang saya nak update... projek2 pokok manik yang baru ada tetapi nanti kita update ye...

Wassalam.

Sunday, March 25, 2012

Pokok Manik Bonsai... Dahlia

Assalammualaikum, dan salam sejahtera semua.. apa khabar semua pengunjung blog ni.. harapan dan doa semoga semua sihat sentiasa.. alhamdulilah.. kali ni saya nak share something berkenaan pokok manik bonsai berbentuk bunga.. untuk membuat pokok manik bunga dahlia mudah je sebab menggunakan teknik sepertimana pokok bunga teratai putih sebelum ni...cuma layernya yang berbeza sikit... semuanya ada 12 kuntum bunga... mari LAYAN dan cuba sendiri..


bunga dahlia... dengan pelbagai warna... tapi pakai daun jade..



cuba sendiri.... pasti jadi... nak set ni.. bagi tau saya..


Wednesday, March 21, 2012

POKOK MANIK PURPLE LIGHT GREEN

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.... cuaca agak panas sekarang ni ... tapi tetap jugak nak buat pokok manik ni kan...kawan2 seofis ngan saya pun dah lali dah ngan saya.. apa taknya.. hari2 asyik ngan manik je... sememangnya saya suka dengan manik ni so bukan saja buat pokok manik, saya pun jahit manik dan peralatan saya guna hari2 pun mesti dimanikkan.... sampai kawan2 pun panggillah saya chek su manik .... lawak tuillah depa semua tu...

Actually, saya nak story sikit macam manalah saya boleh nak buat pokok manik.. sebenarnya,kawan lama saya dulu suka jugak buat, so dia kata dan ajak saya join buat sekali sebab katanya nak beli mahal kan.. so kita buat.. time lunch je kami pun buatlah.. mula buat pokok merah dan hitam pokok sederhana... wah puashati.. tapi jagi ketagih plak nak buat lagi dan lagi... suke3x nya.. bila tengok manik yang shinning tu kan... so start 2008 sampai sekarang saya tak pernah stop buat pokok manik dan saya planning nak bukak kedai di kawasan rumah saya di Taman Hijrah, Kangar Perlis , saya nak  jual semua peralatan nak pokok manik dan mengajar orang yang berminat buat pokok ni sebab bila kita dah buat satu, kita pasti nak buat lagi...

Kepada sesiapa yang berminat , cuba buat sendiri dan pasti juga boleh dijadikan pendapatan sampingan dan menyeronokkan...

So..  kali ni nak share satu pokok manik bonsai yang comel dan cute lah... warnanya pun len sikit. yang ni gunakan basic teknik dan juga menggunakan manik yang kecik jugak lah .. senang dan mudah tapi nak bentukkan akar tu susah sikitlah... tapi nak belajar boleh je... kita kongsi ilmu tu bersama... kan... LAYAN ye... nak set manik ni pun ada dijual tau.. nak sms je... saya kira kan manik dan inform later... berminat?.. jom pokok manik...


HARGA JUALAN RM60.00
HARGA JUALAN TANPA PASU RM50.00


closed up akar pokok manik...batu ni.. kita letakkan batu kristal sebab nak lagi menyerlah...


Wah... cantikkan akar ni kan.. nak bagi jadik cam bonsai yang betul....kalau nak buat akar cam ni kan, kena lilit sampai habis batang dawai tu.. sebab nak buat akar dia... nak belajar boleh je...

boleh jugak nak order dengan warna lain... untuk hadiah hari ibu ke, hari guru ke, b-day ke...

SELAMAT MENCUBA



Monday, March 19, 2012

Pokok Manik Bonsai .. Teratai Putih

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog dan juga kepada kawan-kawan sehobi.Pada hujung minggu yang lalu, saya telah menyiapkan satu gubahan bunga manik iaitu bunga teratai putih nama diberi.... bunga ala-ala teratai... saya buat gabungan warna putih dan merah dan sekiranya anda semua minat nak buat , saya cadangkan warna pink putih pun cantik jugak sebab lebih kurang macam bunga teratai yang real.... daunnya lebih panjang dan berada disekitar bahagian bawah , batang lebih panjang.

Berkenaan dengan teknik, masih lagi menggunakan teknik asas yang sama jugaklah.. mudah sahaja...

setiap kuntum bunga.. ada 3 lapisan dan bahagian tengah tu menggunakan teknik nak buat bunga cornation yang telah saya tunjukkan sebelum ini. Daun yang bawah mudah sahaja, iaitu susunan 1 biji, 2 biji, 3 biji ( 9x), 2 biji dan 1 biji, jumlah 10 keping sebab setiap kuntum ada 2 daun.

LAYAN


HARGA JUALAN : RM 130.00
HARGA JUALAN TANPA PASU : RM 110.00


CLOSED UP



CLOSED UP BUNGA


CLOSED UP BATANG DAN BUNGA






Wednesday, March 14, 2012

Pokok Manik Bonsai .. Bekas Cincin

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Hari ini nak share something yang lebih menarik dan smestinya ramai yang suka tau.. saya pun suka jugak... saya buat bekas cincin dengan menggunakan pokok manik ni jugaklah.. sebenarnya , pokok manik ni boleh dijadikan hadiah dan juga bekas cincin untuk merisik, bertunang dan kahwin.. nampak kelainannya... dan yang penting lepas guna terus boleh diletakkan kat meja solek sebagai kenangan... tahan lama tau.. boleh mencecah 5-10 tahun ataupun selamanya lah... tak tau apa.... LAYAN ni... kalau nak beli call/sms saya dan kalau nak buat, boleh beli set manik ngan saya jugak....


buah anggur dan daun anggur tu menggunakan teknik bunga.. 3 layer...




closed up buah anggur dan daun anggur tu

HARGA JUALAN : RM120.00
HARGA TANPA PASU: RM100.00


SELAMAT MENCUBA

Pokok Manik Bonsai ... Biru Pink Hijau

Assalammualaikum, dan salam 1 Malaysia. Hari ni dan malam ni nak share satu lagi pokok manik bonsai untuk tatapam semua kawan seblog dan sehobi yang tak pernah jemu2 untuk bersama berkongsi mengenai pokok  manik bonsai ini.Ramai yang menempah warna pink biru ni tapi saya hanya sempat buat 2 pokok yang besar dan 1 pokok yang kecil sahaja kerana dawai warna biru ni dah habis stok, so kena tunggu pulak stok dawai biru ni. oleh itu, tempahan warna biru pink diberhentikan/ KIV buat sementara, jika dah ada, jadi boleh buka tempahan semula.Pokok ini telah ditempah oleh Ami daripada Kelantan untuk b-day uminya pada akhir bulan Mac nanti dan Ami memang suka sangat. Terima kasih Ami...dan butterfly sebagai aksesori tambahan sepertimana yang diminta oleh Ami sendiri.


HARGA JUALAN : RM 120.00
HARGA JUALAN TANPA PASU : RM100.00

Pokok manik pink biru



closed up pokok manik



closed up batang pokok manik



closed up ranting pokok manik bonsai

Wednesday, March 7, 2012

PASU UNTUK DIJUAL... PASU KACA

Assalammualaikum, saya nak uploadkan kat sini berkenaan pasu untuk pokok manik bonsai ni... comel dan saiz kecil... sesiapa yang berminat bolehlah sms saya atau tinggalkan komen.. pasu pun salah satu faktor utk mencatikkan pokok manik bonsai kita jugak... maknanya pasu yang sesuailah.. utk pic ni pasu warna coklat sahaja tetapi pasu ni ada warna biru, hijau, coklat dan putih... kalau nak warna lain pun ada jugak...jangan lupa tau.. pasu pun penting... saiz yang lebih besar pun ada jugak nanti saya akan uploadkan...

yang ini pun pasu yang selalu saya gunakan untuk semua pokok manik saya:-



Harga : RM5.00 setiap satu pasu


RM 5.00 setiap satu

 RM 3.50 setiap satu


semua ni 4 pasu : RM 17.00 ( 4 pasu)

Tuesday, March 6, 2012

POKOK MANIK KOKO .. PUTIH .. MANIK KECIL

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia... selamat pagi pada semua pengunjung blog saya ni. Sebenarnya, saya nak share satu lagi pokok manik bonsai yang saiz kecil pula dan bentuk yang lain pulak. Oklah saya nak bercerita sikit berkenaan bagaimana sekiranya kita nak menghasilkan pokok manik bonsai yang cantik kan.. sebenarnya daripada apa yang saya belajar , pemerhatian dan berkongsi ilmu ngan orang yang berpengalaman , banyak faktor yang mempengaruhi pokok manik bonsai ini.

Sebenarnya, apabila ramai yang sms dan call tanya saya bagaimana nak hasilkan pokok manik ni, saya akan cuba jawab dan berikan pandangan yang saya tahu dan saya bukannya pandai sangat, cuma tahu serba sedikit dan mungkin ada lagi kawan2 sehobi diluar sana yang lagi pandai dan hebat serta berpengalaman menghasilkan pokok manik bonsai ni.

Baiklah, untuk menghasilkan pokok manik bonsai ini, pentingnya pemilihan manik tu mesti yang berkualiti.. baru nampak cantik , ada yang nak gunakan kristal pun tak mengapa , tapi mahallah kan namun cantik.. seterusnya dawai yang elok, tak pecah sebab nanti nak buat lilitan pada batang dan ranting, tak cantik.. susun atur untuk menghasilkan pokok tu sendiri , maknanya konsep apa yang kita nak buat.. apabila siap satu design , berapa jumlah ranting yang digunakan, bagaimana nak buat bentuk , itu pun diambil kira jugak sbbnya nakkan keseimbangan pada pokok itu tadi...

Macam tu jelah yang boleh saya kongsikan , apa yang saya buat semasa membuat pokok manik bonsai ni.... saya harap apa yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat pada orang lain. Insyaallah.


LAYAN




HARGA JUALAN : RM 55.00

Contoh Susunatur :

Bahagian Pucuk : 10 ranting
Kiri dan kanan : 3 ranting ( 4 batang) : 12 ranting.


Teknik :-

Selepas cantumkannya ,cantuman , selari, setiap satu dengan jarak 1/2 inci, kemudian  bentukkan dul ( bahagian atas / pucuk).
Seterusnya, bahagian kiri dan kanan tu , cantuman 3 ranting setiap satu batang , dengan jarak 1 inci ( konsep selari 1 dan 2 )

Selepas tu buat lilitan antara satu sama lain.. sampai jadi macam gambar diatas ni.


selamat mencuba

Dawai pokok bonsai untuk dijual, jualan penghabisan stok

Assalammualaikum dan salam semua.. hari ni just nak bagi tau kepada sesiapa yang berminat nak beli dawai manik pokok bonsai bolehlah beli ngan saya je.. ramai yang tanya saya tentang dawai ni, kebanyyakkan dawai yang dibeli suka pecah pembalutnya tu, so yang saya selalu gunakan tak pecah tetapi ok je. Tadi Kak Ina pun mai beli ngan saya dengan pelbagai warna dan saya berkongsi ilmu nak buat gelang tangan dan kerongsang ngan  kak ina.

Terdapat pelbagai warna , yang ni je warna yang ada dalam stok saya :-

Warna purple, hijau, gold, silver , coklat, merah... untuk warna pink dan biru dah habis stok , kena tunggu stok baru..

Harga : 1 ikat RM8.00 ( 50 pcs)





Monday, March 5, 2012

Buku yang baru saya beli.... nak buat.. tapi belum lagi buat...

Salam semua... kali ini entry tak berkenaan pokok manik bonsai tapi berkenaan dengan manik .. hari tu saya berjalan-jalan kat rainbow , Arau yang dekat ngan c-mart tu , nak cari benda lain tapi terjumpa buku ni plak... dalam masa sebulan yang lepas la ni... ingat nak buat tapi belum lagi buat... kalau sesiapa yang pernah buat, bolehlah tinggalkan komen anda disini , untuk share...first time nak buat..





Pokok Manik Kecil.... Hijau

Assalammualaiku, kali ni just nak share tentang, pokok manik bonsai warna hijau kuning sikit je untuk tatapan semua.. basic je.. tapi kecil sahaja... comel gitu


LAYAN.....

LAYAN...

HARGA JUALAN : RM 40.00


SET MANIK INI ADA DIJUAL TETAPI MANIK DONUT YANG WARNA KUNING TU DAH HABIS STOK, SEMALAM CHECK STOK BARU BELUM SAMPAI LAGI, SO KENA TUKAR DENGAN MANIK LAIN JIKA BERMINAT YA.



Tutorial