Monday, March 19, 2012

Pokok Manik Bonsai .. Teratai Putih

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog dan juga kepada kawan-kawan sehobi.Pada hujung minggu yang lalu, saya telah menyiapkan satu gubahan bunga manik iaitu bunga teratai putih nama diberi.... bunga ala-ala teratai... saya buat gabungan warna putih dan merah dan sekiranya anda semua minat nak buat , saya cadangkan warna pink putih pun cantik jugak sebab lebih kurang macam bunga teratai yang real.... daunnya lebih panjang dan berada disekitar bahagian bawah , batang lebih panjang.

Berkenaan dengan teknik, masih lagi menggunakan teknik asas yang sama jugaklah.. mudah sahaja...

setiap kuntum bunga.. ada 3 lapisan dan bahagian tengah tu menggunakan teknik nak buat bunga cornation yang telah saya tunjukkan sebelum ini. Daun yang bawah mudah sahaja, iaitu susunan 1 biji, 2 biji, 3 biji ( 9x), 2 biji dan 1 biji, jumlah 10 keping sebab setiap kuntum ada 2 daun.

LAYAN


HARGA JUALAN : RM 130.00
HARGA JUALAN TANPA PASU : RM 110.00


CLOSED UP



CLOSED UP BUNGA


CLOSED UP BATANG DAN BUNGA






2 comments:

  1. saya minat nak belajar...boleh saya dapatkan buku tentang pokok manik dari akak..thank..email saya:koleksicadarsuri@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam... saya nak tanya mana nak beli Manik dan kristal yg cantik2. Hope akak sudi kongsi.... tq n ni email I.. kameliacassandra@gmail.com

    ReplyDelete

Tutorial