Tuesday, March 6, 2012

POKOK MANIK KOKO .. PUTIH .. MANIK KECIL

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia... selamat pagi pada semua pengunjung blog saya ni. Sebenarnya, saya nak share satu lagi pokok manik bonsai yang saiz kecil pula dan bentuk yang lain pulak. Oklah saya nak bercerita sikit berkenaan bagaimana sekiranya kita nak menghasilkan pokok manik bonsai yang cantik kan.. sebenarnya daripada apa yang saya belajar , pemerhatian dan berkongsi ilmu ngan orang yang berpengalaman , banyak faktor yang mempengaruhi pokok manik bonsai ini.

Sebenarnya, apabila ramai yang sms dan call tanya saya bagaimana nak hasilkan pokok manik ni, saya akan cuba jawab dan berikan pandangan yang saya tahu dan saya bukannya pandai sangat, cuma tahu serba sedikit dan mungkin ada lagi kawan2 sehobi diluar sana yang lagi pandai dan hebat serta berpengalaman menghasilkan pokok manik bonsai ni.

Baiklah, untuk menghasilkan pokok manik bonsai ini, pentingnya pemilihan manik tu mesti yang berkualiti.. baru nampak cantik , ada yang nak gunakan kristal pun tak mengapa , tapi mahallah kan namun cantik.. seterusnya dawai yang elok, tak pecah sebab nanti nak buat lilitan pada batang dan ranting, tak cantik.. susun atur untuk menghasilkan pokok tu sendiri , maknanya konsep apa yang kita nak buat.. apabila siap satu design , berapa jumlah ranting yang digunakan, bagaimana nak buat bentuk , itu pun diambil kira jugak sbbnya nakkan keseimbangan pada pokok itu tadi...

Macam tu jelah yang boleh saya kongsikan , apa yang saya buat semasa membuat pokok manik bonsai ni.... saya harap apa yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat pada orang lain. Insyaallah.


LAYAN




HARGA JUALAN : RM 55.00

Contoh Susunatur :

Bahagian Pucuk : 10 ranting
Kiri dan kanan : 3 ranting ( 4 batang) : 12 ranting.


Teknik :-

Selepas cantumkannya ,cantuman , selari, setiap satu dengan jarak 1/2 inci, kemudian  bentukkan dul ( bahagian atas / pucuk).
Seterusnya, bahagian kiri dan kanan tu , cantuman 3 ranting setiap satu batang , dengan jarak 1 inci ( konsep selari 1 dan 2 )

Selepas tu buat lilitan antara satu sama lain.. sampai jadi macam gambar diatas ni.


selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Tutorial