Wednesday, March 21, 2012

POKOK MANIK PURPLE LIGHT GREEN

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.... cuaca agak panas sekarang ni ... tapi tetap jugak nak buat pokok manik ni kan...kawan2 seofis ngan saya pun dah lali dah ngan saya.. apa taknya.. hari2 asyik ngan manik je... sememangnya saya suka dengan manik ni so bukan saja buat pokok manik, saya pun jahit manik dan peralatan saya guna hari2 pun mesti dimanikkan.... sampai kawan2 pun panggillah saya chek su manik .... lawak tuillah depa semua tu...

Actually, saya nak story sikit macam manalah saya boleh nak buat pokok manik.. sebenarnya,kawan lama saya dulu suka jugak buat, so dia kata dan ajak saya join buat sekali sebab katanya nak beli mahal kan.. so kita buat.. time lunch je kami pun buatlah.. mula buat pokok merah dan hitam pokok sederhana... wah puashati.. tapi jagi ketagih plak nak buat lagi dan lagi... suke3x nya.. bila tengok manik yang shinning tu kan... so start 2008 sampai sekarang saya tak pernah stop buat pokok manik dan saya planning nak bukak kedai di kawasan rumah saya di Taman Hijrah, Kangar Perlis , saya nak  jual semua peralatan nak pokok manik dan mengajar orang yang berminat buat pokok ni sebab bila kita dah buat satu, kita pasti nak buat lagi...

Kepada sesiapa yang berminat , cuba buat sendiri dan pasti juga boleh dijadikan pendapatan sampingan dan menyeronokkan...

So..  kali ni nak share satu pokok manik bonsai yang comel dan cute lah... warnanya pun len sikit. yang ni gunakan basic teknik dan juga menggunakan manik yang kecik jugak lah .. senang dan mudah tapi nak bentukkan akar tu susah sikitlah... tapi nak belajar boleh je... kita kongsi ilmu tu bersama... kan... LAYAN ye... nak set manik ni pun ada dijual tau.. nak sms je... saya kira kan manik dan inform later... berminat?.. jom pokok manik...


HARGA JUALAN RM60.00
HARGA JUALAN TANPA PASU RM50.00


closed up akar pokok manik...batu ni.. kita letakkan batu kristal sebab nak lagi menyerlah...


Wah... cantikkan akar ni kan.. nak bagi jadik cam bonsai yang betul....kalau nak buat akar cam ni kan, kena lilit sampai habis batang dawai tu.. sebab nak buat akar dia... nak belajar boleh je...

boleh jugak nak order dengan warna lain... untuk hadiah hari ibu ke, hari guru ke, b-day ke...

SELAMAT MENCUBA



No comments:

Post a Comment

Tutorial