Wednesday, March 28, 2012

Update blog dengan Info Baru.... Buku Manual Manik & Kelas Manik

Assalammualaikum... semoga semua sihat , alhamdulilah... hari ni rasanya ada nak share something tapi sebabnya saya update blog dekat tempat kursus.. dijadualkan kursus bermula jam 8:30 pagi tapi tetiba urusetia inform kursus akan bermula jam 9:15 pagi pulak diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan... so ramai peserta yang pergi breakfast dekat gerai berhampiran sebab makan & minum tak disediakan. Hari ini saya kursus HRMIS di PKD Simpang Empat, Perlis dari pagi sampai tengahari ni.. so layan tenet dululah sebelum kursus mula...

ok...stop dulu pasai kursus2 ni.. apa yang penting pasal manik dan pokok manik bonsai ni... ramai yang sms bertanyakan kepada saya mengenai cara-cara bagaimana nak buat pokok manik ni kan.. nak cerita panjang lebar , ada yang tak boleh gambarkan kerana ada yang tak pernah langsung buat pokok manik kan..

Oleh yang demikian, saya buat beberapa tutorial untuk kawan2 semua pelajari sebagaimana yang pernah saya buat sebelum2 ni.. namun yang demikian, masih ada jugak yang request ngan saya nak e-book dan kelas.

So.... saya memang tengah planning akan buat manual/buku untuk semua jenis pokok manik yang saya buat .. apabila siap , saya akan update di blog.... untuk memudahkan semua peminat pokok manik bonsai yang nak cuba sendiri.

Bagi yang nak attend kelas ke... cam tu... buat masa ni , saya bagi kelas kepada sesiapa yang berada di kawasan berdekatan dengan yuran yang berpatutanlah.. maknanya hadir ke rumah saya dan saya akan ajar dari A-Z, sampai tanam pokok... dan beberapa teknik lain. Bagi kelas yang secara berkumpulan pulak, jika anda berminat boleh bagitau saya... boleh bincang....

Saya rasa hari ni , itu sahaja yang saya nak update... projek2 pokok manik yang baru ada tetapi nanti kita update ye...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Tutorial