Tuesday, October 16, 2012

Pokok Manik Cherry Hijau... All Green

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog yang tak jemu2 dengan pokok manik bonsai ni.... maaf , ampun, sorry.. tui pu chi.. sebab dah lama tak post apa2 berkenaan dengan pokok manik bonsai ni... bukannya saya menyepi masih lagi aktif dengan manik cuma tak berkesempatan nak update je.... plus line pulak slow plus malas sama kut...

Alhamdulilah dikesempatan ini, saya nak share sikit saja passai pokok manik cherry yang cute ni .. tempahan oleh seseorang sebagai hadiah kenangan / perpisahan.. walaupun dah lama dah pokok ni dibuat tapi hanya untuk share sahaja... 

Dalam masa yang sama jugak, ramai yang bertanyakan saya berkenaan bagaimana kita nak tanamkan pokok manik ini dengan baik... sebenarnya ada pelbagai kaedah/ method yang boleh digunakan tetapi saya punya cara tanam dengan simen je.. ada yang tanya simen jenis apa? saya gunakan simen biasa yang warna kelabu tu yang digunakan untuk buat rumah tu je.. walaubagaimanapun, bagi yang suka/ nak nampak lebih cantik boleh gunakan simen warna selalunya warna putih.... tapi saya simenkan dengan simen biasa kemudian letakkan batu -batu kecil samada yang warna putih atau berwarna atau rumput tiruan pun ok gak kan.

Tanam macam biasa je... saya dah ada pic step by step nak tanam pokok, nanti saya cuba3x  upload untuk kita sama-sama kongsi ilmu ye..

kepada sesiapa yang telah sms atau mengubungi saya melalui no. fon lama tu saya dah tukar no. fon yang baru sebab telefon saya hilang. so saya dah letakkan no fon yang baru diatas banner blog ni...harap maaf.

selamat menjamu... mata..

Pokok ni basic sekali dan paling mudah dibuat dan banyak permintaan. ( yang ni pun saya ada step untuk buat , insyaallah saya akan cuba3x uploadkan)

Harga : RM 40.00






2 comments:

  1. bestnye xsbar nk tgk kak tjuk step by step.. Sy pn bru bljar suke tgk pokok-pokok akak smua cmel.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah , nanti saya cuba uploadkan....

    ReplyDelete

Tutorial